Perbuatan sihir dan aktiviti menyantau merupakan salah satu perkara khurafat yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.T. Ini kerana perbuatan tersebut dapat memberi kesan dan memudaratkan orang yang terkena sihir sehingga ada yang maut disebabkan ilmu khurafat ini.
Baru-baru ini,seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Md Iruwantelah mendedahkan bahawa dia telah menerima sebuah bungkusan dari Pos Laju yang didaftarkan namun tanpa nama pengirim.
Kredit foto : FB Md Iruwan
Apabila dia membuka bungkusan tersebut, Iruwan terkejut kerana bungkusan tersebut mengandungi beberapa batang paku, dua buah figura seperti mayat, gambar keluarganya yang dibungkus dengan kain kuning.
Berniat supaya isteri mati dan meninggal dunia..
Menurutnya lagi, dia mendakwa bahawa si penghantar bungkusan berniat jahat dan berharap Iruwan sekeluarga berpisah dan berpecah belah serta isterinya menjadi gila kemudian meninggal dunia.
Kredit foto : Md Iruwan
Kredit foto : Md Iruwan
Dia tidak menyangka perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan si penghantar itu sehinggakan sanggup melakukan perbuatan khurafat terebut. Namun begitu, dia tidak sama sekali ingin membalas dan hanya berserah kepada Allah S.W.T agar si penghantar mendapat pembalasan sewajarnya kelak.
Walaupun hampir memasuki tahun 2020 dan zaman semakin moden, masih ada yang sanggup melakukan hal sedemikian dan mempercayai benda benda khurafat.
Zaman moden masih ada yang percaya santau
Semoga Allah lindungi keluarga ini
Apabila iman makin nipis..
Netizen yang mengikuti posting tersebut mendoakan supaya lelaki tersebut tabah dan menasihatkan supaya beliau dan keluarga memperbanyakkan amal ibadah supaya terlindung daripada godaan syaitan dan manusia jahat.- CARI |