Penyanyi Siti Sarah Raissudin baru-baru ini telah meluahkan rasa kesal dan kecewa atas tindakan sesetengah pihak yang sering mengutuk serta mengkritik fizikal seseorang.
Kredit foto: Media Hiburan
Siti Sarah sebelum ini sering ditegur kerana bentuk hidungnya yang agak berbeza daripada biasa. Tulisnya di Instagram, kritikan tersebut sudah lali didengar sejak lebih 30 tahun yang lalu.
"Tak habis-habis say dengar benda yang sama mengenai hidung, hidung dan hidung. Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?
"Allah bagi saya hidung ni. Awak puas hati ke bila kutuk orang?" luahnya.
Tambahnya lagi, masyarakat sekarang sangat lancang mengkritik fizikal orang lain. Malah, ada yang menderita tidak tahan dicemuh kerana bentuk fizikal mereka yang berbeza.
Para peminat dan pengikut Siti Sarah rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat penyanyi tersebut supaya sentiasa tabah dan terus kuat selain usah mendengar hal remeh yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri dan keluarga. - CARI
|