View: 2289|Reply: 6
|
Betul Ke Makan Cili Baik Untuk Jantung Dan Strok?
[Copy link]
|
|
Kredit Foto: Pixels
Selama bertahun-tahun, cili telah dipuji untuk sifat terapeutiknya dan kini para penyelidik mendapati bahawa makan cili secara kerap boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan strok.
Di Itali, satu kajian membandingkan risiko kematian di kalangan 23,000 orang yang mengambil cili dan tidak mengambil cili dalam hidangan telah dilakukan.
Selama lapan tahun penyelidikan dijalankan terhadap status kesihatan dan kebiasaan makanan peserta menunjukkan 40 peratus penurunan risiko kematian akibat serangan jantung bagi peserta yang mengambil cili sekurang-kurangnya empat kali seminggu, menurut ulasan CNN Health.
Difahamkan, penyelidikan menggunakan data dari kajian Moli-Sani yang mempunyai sekitar 25,000 peserta di wilayah Molise di selatan Itali.
Kredit Foto: Unsplash
Licia Iacoviello, pengarah jabatan epidemiologi dan pencegahan di Neuromed dan seorang profesor di Universiti Insubria di Varese menjelaskan bahawa kelebihan cili telah disahkan melalui budaya makanan Itali.
Pasukan ini juga merancang untuk mengkaji mekanisme biokimia yang menjadikan cili baik untuk kesihatan manusia.
Tak hairanlah, kerana capsaicin yang terkandung dalam cili dikatakan efektif untuk melawan inflamasi yang membawa risiko penyakit jantung. Capsaicin juga membuatkan darah berjalan lancar dan kerak lemak pada pembuluh darah tidak akan terbentuk. Cili mampu mengurangkan terjadinya penggumpalan darah jika diambil secara rutin.
Pakar-pakar memuji kajian yang dilakukan dengan beberapa batasan.
"Hubungan jenis ini menunjukkan bahawa cili mungkin hanya penanda untuk beberapa faktor pemakanan atau gaya hidup lain yang tidak diambil kira, tetapi untuk menjadi adil, ketidakpastian seperti ini biasanya terdapat dalam kajian epidemiologi, dan pengarang mengakui ini," kata Ian Johnson, penyelidik pemakanan di Quadram Institute Bioscience di Norwich, England.
Kredit Foto: Pixels
Manakala, Duane Mellor, ahli diet Sekolah Perubatan Aston di UK berkata, penemuan itu "menarik" tetapi "tidak menunjukkan kaitan sebab" antara penggunaan cabai dan manfaat kesihatan. Dia berkata, kesan positif penggunaan cili yang dilihat dalam kajian ini boleh dikaitkan dengan bagaimana lada digunakan dalam diet keseluruhan.
Nampaknya, penyelidikan ni akan diteruskan dengan lebih mendalam. Semoga berhasil.
Kalau nak ikutkan, dah banyak kebaikan cili yang kita dengar dan percaya. Malah, produk berasaskan cili juga telah berada di pasaran. Cuma nak pesan, dalam apa keadaan sekalipun bersederhana adalah pilihan yang terbaik. Jangan nanti bertambah pula penyakit lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder jantung aku sihat.. Aku makan cabai hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
Metabolism booster cili ni.. Bagus.. Tapi orang tak tahan pedas jangan over consumption pulak.. Bocor usus nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terlebih cili pun tak elok jugak, penyakit lain pulak timbul |
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa cili hidup ai x bermakna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terlalu banyak pun boleh memudaratkan takut akhirnya kena ulser sebab terlalu suka makan makanan yang pedas2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paling x kuat pedas.. Kalo msk gulai lomak cili padi tu aku kira x 5 paling banyak 7 paling banyak.. Tp kalo blk kg mak aku.. X yah kira2 la mrh di mak saudara.. Segenggam dua blander buat gulai lomak cili padi.. Lps tu aku la yg naya nye.. Perut x tahan x tido mlm la keluar msk toilet.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|