"Aku sayang keluargaku. Harap kamu semua faham. Korban aku makan sehari sekali hendak kecilkan badan.
" Aku korbankan hobi aku, minat aku untuk tidak ke gimnasium supaya badan aku jadi macam aku dulu-dulu yang kamu semua lebih suka dan tak kecam.
"Seksa aku tahan semua tu tak pernah nampak. Yang nampak, keburukan sahaja.
"Takkanlah aku hendak riak cakap apa kebaikan aku buat dekat media sosial," coret Muhamad Andika Putera di Instagramnya.
"Ya aku ada salah, aku akan berubah yang mana salah. Aku akan tukar imej aku.
" Betul cakap orang, nak jadi hero remaja mestilah kena ikut apa remaja suka," kata Andika lagi yang dipetik dari laporan Projekmm.com.
Dalam pada itu, rata-rata warga maya memberi sokongan kepada Andika agar tidak terkesan akibat cemuhan segelintir pihak.
Kredit foto: Instagram Andika Putra
Pelbagai kecaman diterima Andika termasuklah dihina sebagai transgender, badan hodoh, pendek dan katik yang mana sedikit sebanyak meruntuhkan motivasi dirinya.
Ledakan teknologi maklumat kini menjadi platform kepada masyarakat untuk berkomunikasi tanpa sempadan termasuklah penggunaan bahasa tempelak, sindiran, ejekan, dan herdikan yang mengandungi ungkapan bahasa yang kasar jelas ketara dalam ruangan komen isu yang sohor kini.
Bertabahlah Andika. - CARI