CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4708|Reply: 24

Kerusi keselamatan untuk kanak-kanak cuma RM18

[Copy link]
Post time 29-12-2019 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Kerusi keselamatan murah ancam nyawa kanak-kanak


KUALA LUMPUR: Tawaran harga serendah RM18 seunit bagi kerusi keselamatan kanak-kanak mudah alih mendorong ibu bapa membelinya tanpa menyedari risiko penggunaannya jika kelengkapan itu tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.

Mereka membelinya dari kedai aksesori atau membuat pesanan dalam talian selepas mengetahui penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan dalam kenderaan bagi semua kanak-kanak bawah ketinggian 135 sentimeter (cm), berkuat kuasa 1 Januari ini.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada tahap perlindungan keselamatan pada kerusi mudah alih itu memenuhi ciri-ciri ditetapkan pihak berkuasa atau sebaliknya.

Ini berikutan ada produk dikesan tidak menepati piawaian, tetapi dijual secara berleluasa dalam talian.

Tinjauan promosi dalam talian oleh BH mendapati ada kerusi kereta mudah alih terbabit yang mudah dipasang dan boleh dibawa sebagai beg sandang, dikatakan berkualiti tinggi dan selamat digunakan walaupun tiada tanda kelulusan piawaian oleh mana-mana pihak.

CRS diwajibkan untuk kanak-kanak bawah ketinggian 135cm bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. - Foto hiasan

Selain digunakan dalam kereta, kerusi keselamatan kanak-kanak yang mempunyai lima tempat pengikat itu dikatakan boleh digunakan di meja makan dalam rumah kerana menggunakan span yang boleh dilaraskan.

Berdasarkan spesifikasi diberikan penjual, kerusi keselamatan mudah alih itu boleh digunakan terhadap bayi seawal usia enam bulan sehingga kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Semakan BH ke atas sebuah portal beli-belah dalam talian mendapati, pengedar tempatan dan luar negara bagi CRS menawarkannya pada harga serendah RM18 hingga RM39.90 seunit.

Ada juga pengedar menjualnya pada harga antara RM20 hingga RM60 seunit dengan ciri-ciri kelengkapan dipromosikan hampir sama.

Susulan tawaran harga terbabit, seorang penjual kerusi keselamatan berkenaan merekodkan hampir 3,000 jualan dalam tempoh yang singkat.

Pengarah Operasi Persatuan Keselamatan Kanak-Kanak Malaysia (CPSM), Jchanet Tan, berkata penjualan CRS tidak mengikut piawaian dikhuatiri boleh mengancam nyawa kanak-kanak, sekali gus menggagalkan matlamat kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan itu.

Beliau menyifatkan kerusi keselamatan tanpa piawaian sebagai ‘pembunuh’ golongan berkenaan kerana ia berisiko menyebabkan mereka tercampak apabila berlaku perlanggaran.

“Penggunaannya sama seperti kanak-kanak terbabit tidak memakai sebarang kelengkapan keselamatan kerana tiada daya penahan. Kerusi keselamatan mudah alih yang tidak mematuhi piawai keselamatan, tidak patut sama sekali digunakan dalam kereta.

“Ini kerana CRS itu dicipta untuk penggunaan di meja makan, namun penjual yang kononnya ‘kreatif’ memasarkannya sebagai CRS,” katanya.


Katanya, usaha membendung aliran ini termasuk kempen kesedaran harus dijalankan supaya ibu bapa mendapat mesej yang jelas berhubung penggunaan CRS.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada Oktober lalu, mengumumkan kerajaan menetapkan CRS diwajibkan dalam kenderaan bagi penggunaan semua kanak-kanak bawah ketinggian 135 sentimeter (cm), bagi memastikan keselamatan mereka jika terbabit kemalangan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan terhadap penjualan CRS yang terbukti tidak selamat.

Beliau berkata, pihaknya khuatir penjualan CRS tidak menepati piawaian, termasuk versi mudah alih itu boleh memberi mesej salah kepada ibu bapa yang terus membeli tanpa berfikir panjang.

“Iklan berhubung penjualan CRS mudah alih ini sudah berleluasa. Ia sangat bahaya kerana berupaya mengancam nyawa kanak-kanak apabila berlaku hentaman kerana kita yakin kesannya lebih teruk.

“Justeru, perlu ada usaha menghalang penjualan kerusi mudah alih seperti ini yang kini menjadi ‘trend’,” katanya.

Hentikan jualan atas talian CRS tak ikut standard

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengesahkan kerusi kanak-kanak mudah alih yang dijual berleluasa di portal beli-belah tidak diklasifikasikan sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Ketua Pengarahnya, Dr Siti Zaharah Ishak, berkata pemasangan kerusi kanak-kanak seumpama itu tidak selamat dan tidak mematuhi standard ditetapkan Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Justeru, katanya, tindakan segera perlu diambil, termasuk menghentikan penjualan produk itu di pasaran kerana ia ternyata boleh mengelirukan pengguna.

“Ia bukan kerusi keselamatan kerana ia tidak mempunyai daya tahan terhadap kanak-kanak, namun sekarang kita tiada undang-undang untuk dikuatkuasakan.

“Apabila undang-undang ini dilaksanakan nanti, mungkin kita boleh ambil tindakan untuk mereka hentikan daripada pasarkan. Memang kita kata akan ambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas pada Julai (berhubung pemasangan CRS).

“Tetapi kalau kita lihat secara nyata, produk ini tidak selamat. Perkara ini boleh diambil tindakan segera. Kena wujudkan kerjasama antara kementerian untuk menjalankan penguatkuasaan,” katanya kepada BH, di sini.

Siti Zaharah berkata, MIROS turut menjalankan inisiatif dengan menjalinkan kerjasama dengan portal beli-belah dalam talian untuk mendapatkan data berhubung jualan CRS sama ada ia mematuhi standard atau sebaliknya.

“Contohnya, melalui kerjasama dengan sebuah portal beli-belah dalam talian sebelum ini, kita berikan mereka video dan maklumat berhubung kesedaran menggunakan CRS yang mematuhi piawaian supaya pembeli sedar akibatnya,” katanya.

Kerajaan tetap teruskan penguatkuasaan 1 Januari

Kementerian Pengangkutan akan meneruskan penguatkuasaan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bermula 1 Januari ini meskipun tahap kesedaran terhadap penggunaannya masih rendah dalam kalangan ibu bapa.

Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata penguatkuasaan itu juga antara inisiatif untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengguna jalan raya berhubung kepentingan penggunaan CRS.


“Bagi tempoh enam bulan pertama, penguatkuasaan akan dijalankan, tetapi lebih kepada pendidikan dan kesedaran. Tiada saman dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.

“Tujuan utama penguatkuasaan peraturan ini bukan untuk mengeluarkan saman, sebaliknya ia bagi memberi kesedaran supaya pengguna jalan raya menggunakan CRS demi keselamatan anak mereka,” katanya kepada BH, di sini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan akan diwajibkan bermula 1 Januari ini bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Langkah baharu itu susulan statistik membimbangkan, iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

Pada masa sama, Kamarudin berkata, dasar dilaksanakan ini adalah untuk melindungi bayi dan kanak-kanak demi mengurangkan impak ketika kemalangan.

“Pemakaian CRS ini hak anak kita dan sebagai ibu bapa, kita perlu menunaikan hak mereka. Sokongan pihak media juga penting dalam membantu pihak kerajaan melaksanakan dasar ini dengan berkesan,” katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya mendapati ada peningkatan terhadap kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan pengguna jalan raya dan tempoh enam bulan pertama tahun depan akan digunakan sebaiknya untuk mengukuhkan kefahaman itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ate acaner gambo car seat murah tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2019 07:35 AM | Show all posts
‘Buy suitable car seats for your kids’
    Monday, 30 Dec 2019



PETALING JAYA: The Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) has advised parents to purchase suitable child car seats or child restraint systems (CRS) for their children, as a ruling for the use of these seats begins in January.

Miros director general Dr Siti Zaharah Ishak said that a suitable CRS corresponded to the height and weight of the child.

“The seat can reduce the risk of injury or being thrown out of the car or hitting the hard object in the car during harsh braking or collision, ” she told The Star.

According to guidelines by Miros, every child below the height of 135cm (or approximately below 12 years old) should use the CRS.

Malaysia has adopted the United Nations R44 or R129 Standards for CRS.

The guidelines specify four different types of seats – from birth up to 13kg (up to a height of 83cm, approx 0 to 18 months), 9-18kg (71cm and above, approx 15 months to four years), 15–25kg (100cm and above, approx four to seven years) and 22-36kg (up to 135cm, approx six to 12 years).

Dr Siti said that correctly installed CRS may help to reduce the risk of death by 71% for infants and by 54% for children aged one to four years old and reducing the need for hospitalisation by 69% for children aged 4 years old and below.

“Seat belts are a proven intervention to reduce the risk of fatalities during road accidents for adults. However, it is not designed to protect a child, ” she said.

Based on recent observation during Ops Hari Raya 2019, Miros found that only 33% of children were sitting in a car seat.

Checks at outlets selling these items revealed that there is a growing demand for them.

Retailer of baby and childcare products Mothercare said that they have recorded a 250% increase in sales of CRS since October, compared to the same time last year.

Another company that sells these products U-baby similarly said there was a spike in the sales of the CRS.

“We are importing more stock in anticipation of the growing demand, ” said a spokesperson of the company.

Transport Minister Anthony Loke announced that child seats will be made compulsory by 2020.

However, he has directed the Road Transport Department (JPJ) not to penalise drivers for the first six months of the new ruling.

His deputy Datuk Kamarudin Jaffar later clarified in Parliament that large families would be exempted from installing child car seats in their vehicles.

Meanwhile, the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP) will closely monitor the online sale of CRS, which are widely available, to ensure they comply with the stipulated standards.

Its minister, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, said KPDNHEP has the right and duty in terms of enforcement of the items to ensure that the issue of fake and unsafe goods being sold does not crop up.

“The guideline on the characteristics for child restraint seats has already been issued by the Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) this year (Nov 23), ” he said in Bukit Mertajam yesterday.

“And when the use of the CRS is enforced in 2020, we (ministry) will immediately carry out our duty, namely, to conduct enforcement in line with the conditions stipulated by Miros, namely, product safety standard and trademarks, whether false or genuine.

“And if an outlet advertises (its products), we will ensure what is advertised are available on the products sold, ’’ he told reporters when asked to comment on a Malay newspaper report that mobile car seats are available for as low as RM18 to RM39.90 each via online purchase.

He said this after handing over school uniforms and other schooling items to 150 pupils from B40 families in the Kulim-Bandar Baharu Parliamentary Constituency at the Econsave Supermarket here today.

On Oct 23, Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail announced that the use of CRS in private cars will be mandatory from Jan 1.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 03:17 PM | Show all posts
Edited by whadda at 30-12-2019 03:19 PM

jenis camni kot.. kat shopee rm18









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 03:56 PM | Show all posts
whadda replied at 30-12-2019 03:17 PM
jenis camni kot.. kat shopee rm18

aku ada beli aritu masa sale 12.12.. tapi aku beli sebab nakkan padding nya.. carseat anakku dah lunyai angkara masuk mesin basuh. adoi.. haha.. dek kerana sponge carseat dah nipis.. ku beli portable carseat ni jadikan alas. tapi kena alter la sket.. segala tali2 belt smua tu ku gunting. nak padding aje.

frankly.. memang macam tali beg murahan aje tali dia. Bukan mcm tali pinggang kereta. So sah2 la memang tak tahan mane kalau kena impact accident. pastu.. kalau carseat biasa kan buckled pada seatbelt kereta? ini tak.. dia ada provide tali sendiri (yang mcm tali beg tu) untuk pasang ke kerusi kereta. Sangatla tak secure.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bawak anak naik Grab macam mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila harga crs mahal, dan ini adalah pilihan diorg utk elakkan disaman..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 04:27 PM | Show all posts
talapia replied at 30-12-2019 03:56 PM
aku ada beli aritu masa sale 12.12.. tapi aku beli sebab nakkan padding nya.. carseat anakku dah l ...

haah nampak nipis tali dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2019 10:00 AM | Show all posts
cha-cha replied at 30-12-2019 04:02 PM
Kalau bawak anak naik Grab macam mana?

satu tahap nanti.. public car pon kena provide carseats la jugak kot.. klau kita nak request grab.. kna inform ada baby n kena ada carseat. Agaknya la kan.. klau negara2 yg dah practice wajib carseats ni camne public transport dia?

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 10:02 AM | Show all posts
mijot replied at 30-12-2019 04:09 PM
apabila harga crs mahal, dan ini adalah pilihan diorg utk elakkan disaman..

takkan la semua nak disaman... awal2 ni.. bagi nasihat la dulu... kalau dh tengok org tu naik wira sedan tahun 2003 ke... anak berderet... lagi nak mintak dia sediakan carseat ke? Agak2 la..

Yang patut kena saman... naik kereta import.. anak bergelimpang dalam kete pegang ipad sorang satu. Ha... yg tu memang wajib kena saman. Lebih dari mampu tu tapi degil tahap gabantaro.


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 31-12-2019 10:00 AM
satu tahap nanti.. public car pon kena provide carseats la jugak kot.. klau kita nak request grab. ...

Ikut bacaan dlm grup grup fb kena bwk carseat sendiri bila naik public cab....kalau sewa kereta pun wajib ada...so sama ada bwk dari malaysia atau cari utk disewa kat sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 12:23 PM | Show all posts
dagusengett replied at 31-12-2019 10:43 AM
Ikut bacaan dlm grup grup fb kena bwk carseat sendiri bila naik public cab....kalau sewa kereta pu ...

oo nanti2 banyakla carseats untuk disewa lepas ni. Biasala awal2 ni... susah nak instill awareness. Ini pon dah melambak carseats murah2... dulu2 zaman anak sulong ku.. lebih 10 thn lepas.. carseats smua branded2.. jenuh menabung or kejar warehouse sales semata nak murah sikit

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme nie ingat gaji rakyat mcm gaji deme.. Alaun berlantun lantun banyak.. Sakit plop ati sku
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu kata bdk umo 12 tahun ke bwah wajib. Patu ni da xde umor dia bagi ketinggian pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 01:04 PM | Show all posts

Dijual Serendah RM18, KPDNHEP Pantau Penjualan Car Seat Di Internet

Rasanya, ramai sudah sedia maklum tentang kewajipan memasang kerusi bayi di dalam kenderaan bagi mereka yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil.


Ini merupakan salah satu langkah dalam mengawal kes kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak yang tidak memakai kerusi keselamatan tersebut.



Kredit foto: MediaCorp



Kredit foto: OhBulan



Terbaru, KPDNHEP dilaporkan akan melakukan pemantauan teliti dek lambakan penjualan car seat di Internet yang terlalu murah dan tidak mematuhi ciri-ciri piawaian ditetapkan.


Menurut Datuk Seri Saifudin, pihak kementerian akan terus melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang mengambil kira pematuhan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh MIROS, standard keselamatan, cap dagangan palsu atau tulen serta lain-lain yang berkaitan.


Menurut Berita Harian, pihak kementerian menggalas tanggungjawab dalam setiap aspek mengenai kerusi keselamatan kanak-kanak tersebut supaya tidak timbul isu atau aduan mengenai barangan tiruan dan tidak selamat dijual kepada orang awam kelak.



Kredit foto: OhBulan



Kredit foto: Piston.my




Hal ini berikutan terdapat laporan dalam sebuah akhbar yang melaporkan car seat kini boleh didapati dengan harga serendah RM18 hingga RM39.90 setiap satu menerusi pembelian dalam talian.


Ibu bapa haruslah bijak memilih dan tidak bersikap selektif memilih jenama yang tidak selamat dan terlampau murah. Biar mahal, tapi memenuhi piawaian yang ditetapkan supaya tidak menyesal di kemudian hari. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 01:16 PM | Show all posts
talapia replied at 31-12-2019 10:02 AM
takkan la semua nak disaman... awal2 ni.. bagi nasihat la dulu... kalau dh tengok org tu naik wira ...

tak saman lagi.. sampai bulan 6 tahun 2020 .... sekarang ni penguatkuasaan je... sapa tak pakai akan di tahan dan diberi makluman... dalam temph 6 bulan... pastu tiada kompromi.. kena ada .....

ni aku tau sbb datang dgr taklimat... ya lah kan... dah sampai tahun 2020 ... rakyat kene lah ada ilmu  dulu... baru boleh hentam (jika perlu)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 01:18 PM | Show all posts
makita replied at 31-12-2019 02:40 PM
Hari tu kata bdk umo 12 tahun ke bwah wajib. Patu ni da xde umor dia bagi ketinggian pulak.

haah.... skang kurang dari 135cm kene pakai... anak member jenis yg pendek.. dahrjah dua masih lagi 130cm.. jenuh laa beli.. dia beli hak ni je.... sbb dgn harapan beberapa bulan akan tinggi 5cm lagi kekekkee
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 01:28 PM | Show all posts
made in china...wakakakakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 02:01 PM | Show all posts
makita replied at 31-12-2019 02:40 PM
Hari tu kata bdk umo 12 tahun ke bwah wajib. Patu ni da xde umor dia bagi ketinggian pulak.

yang aku paham, max ketinggian 135. kalau umur 12 tahun tapi badan bantut, kena la pakai.

kalau anak ko darjah 4 tapi badan macam giant, tak yah pakai, sebab dah boleh pakai tali pinggang kereta tu. gitu lah pemahaman aku..


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 03:20 PM | Show all posts
yang 18 hengget tu nakpak cam alas je

bukan kerusi

kalua anak dah besar sikit, kat mr diy ada jual seat belt supaya anak selesa sikit nak pakai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.111156 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list