Penyanyi nombor 1 Malaysia, Siti Nurhaliza memang pandai melayan peminat. Terbaharu peminatnya dari Portugal berpeluang beramah mesra dengan Siti di belakang pentas selepas konsert di Singapura. Semuanya dikongsikan di laman Youtube Siti sendiri.
Memperkenalkan keluarga tersebut dari Portugal, Siti menyambut keluarga tersebut dengan teruja. Malahan peminat cilik keluarga tersebut lancar menyanyikan lagu Nirmala dengan 'slang' omputeh.
Lebih mengharukan, si bapa dilihat mengalirkan air mata gembira kerana akhirnya dapat bertemu idola secara berhadapan.
Malahan ketika Siti sendiri menyatakan "You can meet Aafiyah too" membuatkan remaja perempuan itu menjerit kecil. Mungkin teruja kerana penyanyi kesayangannya mengajak ke rumah.
Ig
Ig
Warganet di media sosial terharu dengan layanan mesra Tok Ti kepada para peminatnya.
Begitulah, ular menyusur takkan hilang bisanya. Tahniah Tok Ti kerana masih kekal dengan gelaran Diva No. 1 tanah air dan artis BBNU harus mencontohinnya ya. - CARI
|