Pelakon Ummi Nazeera baru-baru ini telah memuat naik titipan khas ucapan selamat hari lahir buat abangnya, Datuk Ahmad Nazreem Azrul Hidayat atau lebih dikenali sebagai Nazreem sempena hari kelahirannya yang ke-30.
Kredit foto : Instagram Ummi Nazeera
Pelakon ini juga tidak lokek berkongsi pengalaman hidupnya yang hanya mula membesar bersama abangnya itu yang digelar 'mokkie' ketika masing-masing berumur 5 dan 6 tahun.
"Happy birthday mokkie. I love u lots @nazreemmusa.."
"Many dont know that we didnt live together until i was 5 and you were 6. Syukur alhamdullilah i get to grow up with u,"
Walaupun kita berbeza dalam segala benda..
Ummi turut meluahkan rasa syukur walaupun kedua-dua mereka berbeza personaliti dan identiti, dia turut mendoakan supaya abangnya itu tidak terus hanyut dalam godaan dunia dimana sahaja Nazreem berada. Sweet sangat!
Nazreem yang pernah mendapat perhatian kerana rupa parasnya tidak tumpah seperti Ummi Nazeera serta pernah tular di media sosial kerana citarasa fesyennya yang lain dari yang lain. - CARI
|