View: 25890|Reply: 150
|
"Ada Apa Dengan Ungku Ismail Dan Kek Batik?"- Ungku Ismail Pulun Kek B
[Copy link]
|
|
Macam-macam teknik sanggup dilakukan oleh pelakon yang benar-benar komited demi menjayakan watak yang diberikan dalam sesebuah filem atau drama.
Ini termasukah dengan mengubah fizikal mereka daripada kurus kepada berisi demi memenenuhi tuntutan watak dan jalan cerita.
Bagi pelakon kacak yang dahulunya popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan dan kini sedang hangat diperkatakan menerusi watak Firdaus dalam drama bersiri slot Akasia berjudul Adellea Sofea, Ungku Ismail mempunyai kaedah yang berbeza demi mendapatkan tubuh berisi.
Seperti lazimnya, kita mengetahui bahawa makanan manis dan terkandung gula berlebihan merupakan penyumbang kepada masalah peningkatan berat badan.
Justeru, Ungku Ismail sebagai penggemar kek batik mengakui kepada Mstar, dia akan memakan pemanis mulut kesukaan ramai itu setiap hari terutama di set penggambaran dan nampaknya kaedah itu berkesan kerana hasilnya dapat dilihat dalam masa yang singkat sehingga mendapat teguran daripada pengarah mengenai berat badannya yang meningkat dengan mendadak.
Sebelum itu, bagi anda yang meminati Ungku Ismail, jangan bimbang kerana tubuh badannya yang berisi ini hanya bersifat sementara kerana aktor itu terpaksa menaikkan berat badan bagi menunjukkan perubahan fizikal watak Firdaus yang dilakonkannya sebagai seorang penagih yang berusaha meninggalkan najis dadah.
Namun, diharapkan Ungku Ismail kembali mengamalkan pemakanan sihat dan tidak terbawa-bawa dengan amalan memakan kek batik yang menyelerakan itu sejurus penggambaran drama tersebut tamat kerana bimbang tubuhnya akan kekal berisi lantas menjejaskan kekacakannya . Tak gitu?
Buat pengetahuan anda, Ungku Ismail kini akan beraksi pula dalam teater muzikal berjudul 'Semarak Pertiwiku' bergandingan dengan barisan pelakon seperti Sherie Merlis, Anding serta Taufik Hanafi yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan gejala rasuah yang akan dipentaskan secara percuma di panggung Sari, Istana Budaya pada penghujung bulan ini. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
muka UI ni muka desa yang manis dipandang dengan ketinggian and build dia...sedap ler mata memandang |
|
|
|
|
|
|
|
macam muhung je
percubaan melakukeraskan kek batik IG ke ape ni |
|
|
|
|
|
|
|
wah! jarang ada gosip pasal ungku ismail kat cari forum.i likeee{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Tall & handsome, ala sian like kat pic tu x sampai 5k |
|
|
|
|
|
|
|
kek batik belik ke sponsor punya? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka @ungkusado mail ni berlakon. Menjadi sangat aksi heols dalam adelia sopia ni |
|
|
|
|
|
|
|
yesss memang menjadi..tapi sofeanya kalau marah terpusing2 biji mata..rimas aku
|
|
|
|
|
|
|
|
mael ni aku suka sbb jenis manusia bijak |
|
|
|
|
|
|
|
iolls respect kat ungku ni.. berlakon versatile dan tak depend on gossip utk tetap relevan. Cuma drama terbaru ni iolls skip sebab heroin tapi kipidap ungku |
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion replied at 9-1-2020 11:54 AM
yesss memang menjadi..tapi sofeanya kalau marah terpusing2 biji mata..rimas aku
Belum masuk bab menjerit lagi, iols dengar pun bingit sopia menjerit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adelea at 9-1-2020 11:59 AM
MadameOnion replied at 9-1-2020 11:54 AM
yesss memang menjadi..tapi sofeanya kalau marah terpusing2 biji mata..rimas aku
hahahhah
dia marah menjerit2
annoying gilaaa
pastu mimik muka sama jer
boring betul
patutla lakonan dia berkesan dlm sweet dreams
sbb dia bisu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ungku ismail dapat menyuapkan kek batik untuk kurex sambil kurex mengelak manja |
|
|
|
|
|
|
|
euwwwww hahaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku xboleh la bila ngan dia ni
Kat luar pun feeling ada berjuta paparazzi nak skodeng dia
Padahal aku sorang jer kalu time tu kat kawasan tu
Kelakar tau
Aku gelak guling2 tengok peel dia
Sedangkan siti pun aku why bortherkan lalu tepu aku
Ngan mariah carey aku sendukan jer time lambai2 mcm perempuan senget kat tepi hotel
Apa tah lagi ko
Koserrr nokk |
|
|
|
|
|
|
|
Maafkan i UI.....
I tak dapat nak support ur lakonan ini kali..... Tahap moontawwhhh tgk heroin u.. |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 9-1-2020 11:57 AM
hahahhah
dia marah menjerit2
annoying gilaaa
zalim ayat last chuols psl lakonan berkesan sbb bisu |
|
|
|
|
|
|
|
2 minggu lepas kot, ms tgh tgk tv keluar muka dik miwa
tiba2 abg aku yg no 3 tu kata, ppuan ni ada blakon citer apa taktau dgn hero tua
abg aku kata dia nk tgk xde mood sbb hero tua
puas aku pikir siapa hero tua
rupanya pakcik ni
aku suruh abg aku gugel umo pakcik ni sbb aku kata umo dia mungkin belum masuk 50
sekali check baru 34 thn umo dia
|
|
|
|
|
|
|
|
drama ni je malas nak tengok sebab
ada Mira Filzah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|