"Kalau betul peminat saya, tolong jangan kongsi apa-apa pasal saya dan Eyka lagi lepas ni."
Kredit foto: IG
Pemain bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid akhirnya bersuara selepas namanya dan pelakon Eyka Farhana teruk dihentam warganet.
Mereka yang baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kontroversi sejak tularnya video 'laga pipi' seolah-olah memberi hint sedang hangat bercinta, berdepan kecaman dan kritikan ramai.
Kredit foto: IG/Murai
Ditambah dengan beberapa gambar mereka bersama menguatkan lagi spekuan ramai mengenai hubungan antara bintang bola dan aktres berkenaan.
Kredit foto: IG
Kredit foto: Murai
Enggan membiarkan namanya dan Eyka berterusan disebut dan dipandang serong, Akhyar mengirim pesanan menerusi DM untuk disampaikan kepada peminatnya.
Paparan skrin DM daripada Akhyar itu kemudian dikongsi sebuah akaun kelab peminatnya di Instagram.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Berpinar juga mata nak membaca DM Akhyar ini. - CARI |