Kredit Foto - Google
Terdapat segelintir masyarakat masih percaya bahawa angka atau nama tertentu boleh membawa nasib malang atau memberi nasib baik dalam hidup mereka.
Berikutan tular kisah pelakon cilik Puteri Balqis yang sedang menghidap penyakit misteri, ada wargamaya di Twitter mengaitkan hal (sakit) tersebut dengan pemberian nama Balqis itu.
Tweet ini dijawab oleh Ustaz Ad Dien seperti berikut:
Kredit Foto - Twitter Ustaz Ad Dien
Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan tweet Ustaz Ad Dien.
Semua makna baik-baik...
Orang dulu-dulu suka percaya...
Nama anak saya Balqis, tapi dia cemerlang dan anak yang taat...
Maksud nama Balqis: Pandangan Allahyarham Ustaz Dr Haron Din dan Ustaz Zaharuddin
Walaubagaimanapun, sememangnya terdapat dalam hadis ada beberapa nama tidak bagus digunakan iaitu
- Azazil
- Wiswas
- Khannas
- Murrah
- Harb
- Soba
Allah SWT Sahaja Yang Boleh Beri Manfaat atau Mudarat
Memetik perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Datuk Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, secara dasarnya, Islam telah meletakkan dasar pegangan yang kukuh bahawa tiada apa yang boleh memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Yunus: 107)
Larangan Menganggap Sial dan Anjuran Menyebut yang Baik-baik
Kita dilarang sama sekali untuk menganggap sesuatu angka itu memberi sial. Begitu juga hal-hal yang seumpama dengannya.
Hal ini bagi mengelakkan kita terjerumus dalam mensyirikkan Allah SWT.
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.”
Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)
Kesimpulannya, beri nama anak dengan maksud yang baik dan tiada perasaan ragu terhadap makna nama tersebut.
Berpegang teguh kepada kekuasaan Allah serta serahkanlah urusan sepenuhnya kepada Allah SWT. - CARI |