Bekas isteri kepada pelakon yang penuh kontroversi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah baru-baru ini memuat naik status yang seolah-olah mahu menggambarkan perasaan sunyinya selepas berantaknya rumah tangga yang didirikan mereka.
Walaupun kehidupan Bella nampak lebih tenang berbanding sebelum ini, tetapi siapa tahu perasaan sebenar yang terpendam jauh di sudut hati anak kelahiran Sabah ini.
"I was wondering, adakah aku akan merasai kebahagiaan?"
Pertanyaan Bella itu mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya berharap dia terus kuat dan cekal dan mendoakan agar dia mengecapi kebahagiaan suatu hari nanti.
Kredit foto : Twitter Bella Astillah
"Anda masih muda kenapa perlu risau?"
Kredit foto : Twitter Bella Astillah
Namun ada juga yang seolah-olah kurang senang dengan posting Bella tersebut dan secara sinis meminta dia untuk kembali bersatu dengan bekas suaminya, Aliff Aziz yang sarat dengan kontroversi itu.
Kredit foto : Twitter Bella Astillah
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Bagaimanapun, rumah tangga yang didirikan akhirnya musnah pada pertengahan tahun yang lalu akibat sikap Aliff yang dikatakan 'playboy'.
Rezeki Bella dalam bidang seni juga dilihat mencurah-curah selepas penceraian tersebut terutama sekali dalam bidang lakonan.
Apa pun diharap Bella tidak terlalu memikirkan tentang kisah cinta dalam hidup. Sebaiknya fokus dalam membina kerjaya dan membesarkan anak mereka dengan baik. You are still young! -CARI
|