View: 1717|Reply: 16
|
Lempar Bom Dalam Rumah 'Crush' Sebab Cemburu
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki melempar bom ke dalam rumah seorang gadis dipercayai akibat patah hati cintanya ditolak mangsa.
AsiaOne melaporkan, kejadian berlaku di sebuah apartment di Lat Phrao, Bangkok pada petang Isnin.
Polis mengesahkan menerima panggilan jam 9 malam hari sama mengenai objek berkenaan.
Berikutan itu, polis dan beberapa anggota dari Unit Pelupusan Bahan Letupan dikerahkan ke lokasi sebelum menemui sebutir bom tangan M26.
Kredit foto: AsiaOne
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana bom berkenaan tidak meledak selepas dilemparkan.
Saksi di tempat kejadian berkata, dia melihat seorang lelaki menunggang motosikal di jalan Nawamin 95 sebelum berhenti di luar bangunan apartment berkenaan sekitar jam 8 malam.
Katanya, lelaki itu kemudian melempar sesuatu ke dalam tingkap sebuah rumah di tingkat tiga.
Pasangan suami isteri yang tinggal di dalam rumah berkenaan terkejut dan ketakutan apabila melihat objek yang dilempar ke dalam rumah mereka itu, namun lega apabila ia tidak meletup.
Gambar hiasan
Kredit foto: ArtStation
Saranya Krueboon, pengurus apartment berkenaan berkata, suspek merupakan lelaki berusia lingkungan 50-an yang tinggal di kawasan berkenaan.
Tambahnya, lelaki itu tergila-gilakan anak perempuan pasangan terbabit. Namun, gadis berusia 20 tahun itu sudah memiliki teman lelaki.
Difahamkan, sebelum kejadian gadis terbabit membawa teman lelakinya ke rumah untuk bertemu ibu bapanya menyebabkan suspek cemburu hingga mendorong dia melakukan jenayah berkenaan.
Menurut laporan, suspek sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mujur tak meletup kalau tak mesti ramai jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
pedo much.. umur 50 saiko tergilakan budak umur 20.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal aku rasa lawak berita ni. Hot sangat ke awek tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sabak bernamlaa jatuh cinta kat aku pas tuu lawan lawan marah kek.sini |
|
|
|
|
|
|
|
Skeri. Aku ingat mcm pelik lelaki bole sampai mcm tu sekali kerana cinta?
Tapi aku sndiri skrg sedang dikejar n dipujuk exbf aku. Dh 3 bulan aku merana. Stress. Mak ayah aku pun stress. Dia kejar aku balik umah. Dia mlm2 dtg umah merayu.. guna mcm2 taktik sampai ayah aku tegur. Hampir2 nk bawa rombongan merisik arini tp berjaya digagalkan. Aku punya current teman rapat kena ugut2 (dia syak aku sdg close dgn mat ni but kitaorg buat2 bodo xngaku sbb xnk dia dtg serang).
Ayah aku skrg bimbang klu aku keluar rumah. Termenung je. For sure dia xnk mamat ni jadi menantu.
Aku akhirnya ckp aku sdg syg seseorg. Tak peduli juga. Masih nk pujuk2 aku. Nk belikan aku mcm2 (aku mintak iphone baru tau haaaa). Aku dah blok dia brp kali but tiap kali blok dia akan cari jalan aku terpaksa unblock. Antaranya... dia akan attack my new teman.
Harap dia xsampai tahap campak bom laa... |
|
|
|
|
|
|
|
nenekglamer replied at 18-1-2020 08:09 PM
Skeri. Aku ingat mcm pelik lelaki bole sampai mcm tu sekali kerana cinta?
Tapi aku sndiri skrg se ...
And.. ex bf aku ni 11 tahun lg muda dr aku. Relevant ke? Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nenekglamer replied at 18-1-2020 08:09 PM
Skeri. Aku ingat mcm pelik lelaki bole sampai mcm tu sekali kerana cinta?
Tapi aku sndiri skrg se ...
Okay.....
Nanti aku ceritakn kat jiran aku....dia mesti terkejut.... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 18-1-2020 09:00 PM
Okay.....
Nanti aku ceritakn kat jiran aku....dia mesti terkejut....
Oh.. apa kes jiran ko tu? Dlm kes aku ni dah jadi kes ugut mengugut skrg sbb ex aku sedaya upaya nk aku balik. Serabut lah. Aku dah consult sorg kawan aku yg polis ni.. but now terpulang la kpd TTM aku samada nk report atau x... |
|
|
|
|
|
|
|
Cite pasal.org obses ni...
Pompuan ni cun cam mana.ek.sampai pakcik tu tergilakan dia?
Mesti ada x factor yang buatkan pakcik tu angau..tercalit minyak pengasih kat diri sendiri ke |
|
|
|
|
|
|
|
aku just nak tau, masa lempar bom tu dia ada jerit "fire in the hole!" ke |
|
|
|
|
|
|
|
aik sampai macamtu sekali dia punya batak... perempuan je pun sampai begitu sekali ya dia sanggup buat mesti muka macam cerek kemek |
|
|
|
|
|
|
| |
|