Tak boleh harap punya majikan!
Seorang lelaki Pakistan dilaporkan dipercayai mencabul pekerja wanitanya Isnin lalu, kini ditahan polis.
Memetik laporan Harian Metro, suspek ditahan di hadapan butik pakaian di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kira-kira 10 malam Selasa lalu.
Menurut sumber, suspek mengajak mangsa yang merupakan pembantu kedai, keluar makan pada jam 2 petang Isnin.
Kredit foto: dailymail.com
Mangsa hanya mengikuti suspek kerana tidak mengesyaki apa-apa, menaiki Perodua Myvi dipandu majikannya itu untuk ke restoran makanan segera.
“Suspek hanya membungkus makanan dan memandu keluar ke rumah sewanya di Pulau Kambing.
“Ketika dalam perjalanan, suspek didakwa memegang dan menggosok paha mangsa menyebabkan wanita itu ketakutan. Apabila tiba di rumah, suspek mengajak mangsa masuk, namun ditolaknya.
“Lelaki itu kemudian didakwa membawa mangsa ke parkir di Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan mencabul tanpa kerelaan,” kata sumber itu.
Mangsa dikatakan berada dalam keadaan ketakutan cuba menepis tangan suspek dan mendesak untuk pulang.
Dia hanya dihantar pulang kira-kira jam 4 petang. - CARI |