Netizen di Twitter rata-rata memberi pendapat yang golongan LGBT makin menjadi-jadi disebabkan komen yang positif dan sokongan daripada orang ramai.
Salah satu cara galakan orang ramai ini adalah dengan memuji 'kecantikan' Faiz Roslan ketika dia berpenampilan seperti perempuan.
Kredit foto: IG
Kalau dekat Twitter memang nama Faiz Roslan ni sentiasa naik dan jadi bahan perbincangan. Selalunya tentang penampilan dia yang selalunya dapat kritikan hebat daripada netizen.
Terbaru, netizen di Twitter minta orang ramai berhenti puji Faiz Roslan cantik sebab ianya akan buat dia makin syok dan asyik nak jadi perempuan.
Dengar cerita mak Faiz pun tak kisah dengan pilihan anaknya itu. Dan instafamous itu juga tidak pernah lupa untuk memuat naik gambar bersama ibu tercinta bila punya kesempatan.
Ada yang kompang bila pakai macam perempuan, mestilah Faiz lagi seronok nak jadi macam tu!
Apa pula pendapat korang? -CARI