Kredit foto: Sinar Harian
Hantaran itu menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga perkongsian gambar oleh Shareen itu kini mencecah lebih 4,700 tanda suka dan lebih dari 7,600 warganet telah berkongsi gambar tersebut (ketika artikel ditulis).
Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana situasi itu amat jarang berlaku pada lelaki di Malaysia amnya.
“Kalau orang perempuan dah biasa gendong anak masa solat, namun kalau lelaki jarang sangat nak tengok. Syabas lelaki ini, mungkin isterinya tidak sihat dan mengambil tanggungjawab menjaga anaknya," tulis netizen di ruang komen.
Manakala, netizen lain pula berkata, “Yang ni baru patut viral (tular). Semoga keluarganya jadi keluarga yang soleh dan solehah, amin."
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ahli keluarga yang sepatutnya membantu menjaga bayi itu ketika lelaki berkenaan menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun, lelaki tersebut dibela netizen lain yang meminta pengguna lain supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan video tersebut.
“Ambil ilmu tu, bukan sibuk tanya mak dia, nenek dia, tokwan dia. Sah sembahyang tu. Dekat Arab sana, ramai yang macam ini cuma dekat Malaysia tiada orang buat. Tiada orang buat bukan bermakna tak sah," tulisnya yang dipetik Sinar Harian.
Islam merupakan satu agama yang bukan sahaja indah tetapi sangat mudah. Malah, Islam mempunyai hukum untuk menunaikan solat bersama bayi sama ada didukung atau dibawa bersama ke masjid.
Hadis menerusi Abu Qatadah Al- Ansari R.A :
Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullan S.A.W dengan suaminya Al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, baginda meletakannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula.
(Al- Bukhari, Sahih al – Bukhari)
Maka dalam hal ini, ibu bapa DIHARUSKAN untuk mendukung anak kecil ketika sedang mendirikan solat dengan syarat yang perlu dipatuhi.
- Si ibu atau bapa harus pastikan anak dalam keadaan bersih dan bebas dari najis. Jadi, pastikan lampin anak sudah ditukar baru sebelum solat ya.
- Pergerakan harus dijaga. Pergerakan yang melebihi tiga kali akan membatalkan solat.
- Pastikan dada anda sentiasa mengadap arah kiblat
- Situasi ini hendaklah dilakukan ketika dalam keadaan terpaksa. Sebaiknya, biarlah ada orang untuk menjaga anak sewaktu anda sedang solat.
Kredit foto: Zayan.my
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua muslimin dan muslimat. - CARI