View: 2860|Reply: 10
|
Teka-Teka 'Baby Bump' Akhirnya Terjawab - Fasha Sandha Sah Hamil
[Copy link]
|
|
8
Penampilan Fasha Sandha sebagai gadis dulang sewaktu menghadiri majlis pernikahan Elly Mazlein tempoh hari mengundang perhatian rakan artis dan netizen lantaran dress yang dipakainya jelas memperlihatkan 'baby bump'.
Tambahan pula, Fasha kelihatan begitu 'glowing' dan berseri-seri sewaktu majlis tersebut lantas menimbulkan spekulasi bahawa pelakon itu berkemungkinan sedang hamil.
Seperti biasa, netizen yang kepoh pasti tertanya-tanya sama ada Fasha kini sedang berbadan dua setelah pernah mengalami keguguran Jun tahun lalu sewaktu usia kandungannya hanya enam minggu sahaja.
Menerusi paparan terkini oleh Harian Metro pelakon jelita yang juga isteri kepada Aidil Aziz ini akhirnya mengesahkan bahawa dirinya sememangnya sedang hamil.
Walau bagaimanapun, Fasha enggan berkongsi usia kandungannya ekoran masih fobia dengan pengalaman hitamnya sewaktu mengalami keguguran dahulu.
"Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu," luahnya kepada Harian Metro.
"Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik", luahnya.
"Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya.
Berikutan dia kini sedang berbadan dua, Fasha membuat keputusan untuk berehat seketika daripada terlibat dengan penggambaran drama dan hanya fokus dengan komitmennya mempromosi drama dan sebagai duta.
Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan pasangan di atas khabar gembira ini. Semoga kandungan Fasha sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan dan dipermudahkan segala urusan. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nampak seperti sudah hamil 5 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa Fasha dgn Jejai, mmg aku mati2 igtkan sume ni sbb duit. Yelah Jejai kan kaya, Fasha cantik. Tp lepas cerai & Fasha kawin dgn Aidil (dlm hati aku takde jantan lain ke woi!!), baru aku paham. Fasha ni dia nak org sayang dia. Kalo nak ckp psl duit, dia reti je cari duit sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha mmg antara retis malaysia yg subur dubur yach.. selain almy nadia.. |
|
|
|
|
|
|
|
besar dh perut dia..mau dkt 6 bln tu, btw tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
La ingat dah bersalin..
Mcm dah lama je dia mengandung
Tahniah btw |
|
|
|
|
|
|
|
ade ku kesah........... i love to see kak rita memang kebaboom |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo mmg open secret kan si fasha ni preggy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Motif ramai tak tau? Rasanya dia dh bg hint dah dia preggy lg lepas dia gugur haritu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|