Foto Kredit: Creatif Enterprise, Moy, Rojak Daily
Dulu-dulu sebelum ada lambakan animasi di televisyen dan wayang, komik adalah pilihan ramai. Jangan hairan kalau ada siri-siri komik ni yang masih menjadi buruan para pengumpul.
Kena elok harganya membuat tempurung lutut berlaga. Terketar. Nilai kenangan antara salah satu sebab kenapa para pengumpul sanggup berhabis duit.
Memandangkan Malaysia dipenuhi komik-komik hebat, di bawah admin akan senaraikan beberapa siri komik yang patut diangkat menjadi siri animasi.
1- Aku Budak Minang
Foto Kredit: Creatif Enterprise, Astro Awani
Ujang adalah antara kartunis Malaysia yang boleh dianggap legend. Paling gila komik 'Aku Budak Minang' karya dia.
Berkisar Ujang dan adiknya, Aca yang kuat mengadu. Kena pula emaknya jenis garang. Ujang pandai bermain dengan emosi.
Kesian juga masa dia kena libas dengan emaknya. Terkejut beruk Ujang yang tengah melantak nasi masa tu.
Antara karya yang patut diangkat sebagai animasi.
Siapa setuju?
2- From Taiping With Love
Foto Kredit: Creatif Enterprise
Korang suka awek badan besar? Mungkin anda akan tergila-gila awek berbadan besar selepas membaca komik ni.
Allahyarham Rasyid Asmawi adalah di antara pelopor awak dunia kartunis Malaysia. Seangkatan denga Imuda, cabai dan Ujang.
Sentimental value dalam setiap garapan karyanya membuat kita terkenang-kenang keindahan Tasik Taiping dan negeri Perak.
Karya ini juga telah menjadi warisan majalah Gila-Gila.
3- Mat Som
Foto Kredit: Wiki
Lat boleh dianggap sebagai tokoh perpaduan. Dalam setiap karya, dia akan memasukkan pelbagai kaum dan agama sebagai penggerak jalan cerita.
Bagi yang dah terbiasa membaca dan menonton animasi Kampung Boy, tibalah masa membaca kisah Mat Som pula. Comfirm puas hati.
Mat Som adalah pemuda kampung yang berhijrah ke bandar untuk mengadu untung nasib. Bekerja sebagai penulis bebas untuk menyara hidup.
Suatu hari Mat Som terkejut apabila ayahnya dari kampung mengutus surat meminta dia berkahwin dengan gadis pilihan keluarga.
Cam mana, teruja? Harap sangat menjadi animasi.
4- Tiga Dara Pingitan
Foto Kredit: Creatif Enterprise
Kalau sebut Sabariah Jais mesti tak kenal. Tapi kalau sebut Cabai ramailah yang bersorak. Seorang kartunis wanita yang terkenal ketika zamannya.
Watak Awa, Noi, Esah di samping Jai tak habis-habis membuat gawat satu kampung. Sekaligus mencuit tawa pembaca.
Membaca siri ini membuat kita teringat waktu tinggal di kampung.
Tambah, keazaman tiga dara yang tidak pernah serik untuk merubah nasib membuat kita kagum.
Tak hairanlah kalau Cabai telah menerima Anugerah Pekomik 2010, menerusi kategori Siri Komik Kartun Terbaik siri Tiga Dara Pinggitan.
Patut sangatlah siri ini dianimasi, kan?
5- Workshop
Foto Kredit: Facebook
Siapa sangka hanya bermodal sebuah workshop sebagai prop utama, sebuah siri komik humor mampu menjadi hit.
Lebarlah senyuman kartunis Sukun. Karyanya termasuk senarai wajib baca peminat setia komik ujang masa tu.
Jangan tak tahu ketika tu watak-watak Workshop telah dicetak rompak menjadi stiker motor. Dasyat jugaklah penangan siri Worksop pada masa tu.
Kalau Barat boleh berlumba-lumba mengangkat komik ke animasi, kenapa tidak Malaysia. Tentu mereka yang membesar bersama komik di atas berharap perkara yang sama. - CARI |