Warga emas dibelasah anaknya kerana enggan memberi wang RM10 yang diminta suspek untuk membeli dadah.
Sinar Harian melaporkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan kerana cedera dipukul.
Kejadian dilaporkan berlaku Ahad lalu di kediaman mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Kredit foto: Sinar Harian
Difahamkan, lelaki berusia 42 tahun itu berang apabila ibunya enggan memberi wang dimintanya sebelum membelasah wanita berusia 64 tahun itu hingga cedera di bahagian badan.
Berikutan itu, satu operasi Ops Cegah dilakukan di sekitar kediaman terbabit jam 8 pagi semalam.
"Enam lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk suspek ditahan.
"Kesemua mereka positif dadah jenis syabu dan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 untuk tindakan selanjutnya," kata Ketua Unit Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ezwan Shahrin Saihani kepada Sinar Harian. - CARI |