Kredit foto: Antoine Demaison/AFP via Getty Images
Dullstrom, seorang lelaki di Afrika Selatan telah memecahkan rekod dunia dengan melakukan perkara yang mungkin tidak masuk akal oleh kebanyakan orang. Vernon Kruger, berumur 52 tahun difahamkan sanggup tinggal dalam sebuah tong yang dipacakkan pada sebatang tiang, setinggi 25 meter. Rekod sebelum ini di British mencatat sehingga 54 hari pada tahun 1997. Untuk rekod terbaharu ini, ia merupakan hari ke-67 bagi lelaki ini tinggal dalam tong berkenaan. Wow!
"Saya sudah fed-up,cukuplah," kata Vernon Kruger dari puncak tiang itu. Tapi, dia masih belum merancang untuk turun lagi.
"Saya perlu letakkan penanda aras yang lebih tinggi, walaupun saya rasakan lelaki itu mungkin diri saya sendiri," katanya lagi.
Kredit foto: Antoine Demaison/AFP via Getty Images
Tong barrel yang mempunyai ruangan 500 liter dikatakan turut memiliki beberapa kesan sambaran petir. Tapi lelaki ini tetap masih mahu meneruskan keberadaannya di situ. Malah, Vernon merancang untuk meneruskan sehingga hari ke-80 walaupun isterinya tidak memberi sokongan kepadanya.
Cuma berbeza dengan usahanya yang sebelum ini, Vernon tidak merasa kesunyian kerana dia berhubung dengan dunia luar dengan menggunakan medsos. Manakala, setiap awal pagi, dia akan bersenam. Sememangnya tubuhnya akan merasa sakit sendi dan lenguh kerana tidur dalam tong sempit, tapi lama-kelamaan dia seperti sudah biasa.
Selain itu, makanan sehariannya disediakan oleh restoran berhampiran dan ditarik naik menggunakan tali dan baldi. - CARI
Post time 23-1-2020 10:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mrsav replied at 23-1-2020 09:54 AM
camane dia kencing berak
Xsilap, kalau rekod dunia, dia akan ada leeway time / resting nak elak mudarat, cth, dalam sehari dia di benarkan keluar dari situ selama 1 jam.
Biasanya rekod endurance mcm ni, derang akan save contohnya 30 minit sehari dan kumpul 3-4 hari, jadi pada hari ke 5 dia akan turun 2 jam, medical check up, berak, mandi dsb and naik balik.
betul juga tu, ni kali kedua dia buat pastu takda restu bini, dah pernah kena sambar petir... Masih nak tinggal dalam tong tu. Apapun, terima kasih sebab sudi baca.
bila masuk hari ke 67, dia dah rasa fed-up, tapi bila dia nak turun tak dapat support, mgkin... mgkin... mgkin hati dia patah. sebab tu nak sambung ke hari 80. Mgkin... Terima kasih sebab sudi baca.