Pelancong-pelancong warga China menjalani proses saringan di pintu masuk negara (gambar hiasan) Kredit foto: Facebook
Kerajaan berdepan kesukaran untuk melaksanakan kuarantin terhadap semua pelancong dari China yang tiba di semua pintu masuk negara ini.
Malah, seperti dilaporkan Malaysia Gazette pada 26 Januari, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan langkah tersebut agak mustahil untuk dilakukan.
"elancong dari negara China kadang-kadang meningkat sehingga dua million, kita hendak simpan dia di mana?
"Tak buh (letak) kat kandang lembu? Takkanlah macam tu. Kita yang mana ada simptom, ada sikit sign pun, kita kuarantin mereka," katanya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menyantuni rakyat dalam satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook
Pada masa sama, Dr. Mahathir menyatakan, kerajaan tidak ada perancangan untuk menghantar pulang pelancong-pelancong dari Wuhan.
Menurut beliau, langkah tersebut mungkin menyebabkan berlaku jangkitan terhadap individu-individu lain.
Justeru, katanya, adalah lebih baik sekiranya mereka diasingkan sehingga tidak lagi mempunyai tanda jangkitan.
"Ini adalah langkah pertama tetapi orang lain juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan terutama yang bekerja dekat dengan pesakit-pesakit tersebut dengan memakai topeng muka," jelasnya.
Kredit foto: Facebook
Diharap rakyat Malaysia yakin dengan langkah-langkah dilaksanakan kerajaan yang diterajui oleh dua doktor perubatan yang sudah tentu lebih memahami situasi coronavirus yang dihadapi ketika ini. - CARI |