Upacara Bakar Lelaki "Dondoyaki"
Di Jepun, upacara "Dondoyaki" adalah acara di mana orang tempatan akan melonggokan shimenawa (tali yang digunakan dalam upacara dan kuil Shinto) dan daruma (boneka bulat yang digunakan untuk membuat hajat), menyalakan timbunan tersebut, sebelum wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Godo mula menghumban lelaki muda ke dalam unggun api tersebut.
Menurut soranews24, acara ini diadakan di Godo iaitu di sebuah kejiranan Isehara (Wilayah Kanagawa) di selatan Tokyo.
Upacara ini dilakukan bagi golongan lelaki muda supaya mereka mempunyai kehidupan yang bertuah sepanjang tahun seperti berkahwin atau dikurniakan zuriat.
Ianya juga bertujuan untuk membuang semangat jahat dan tenaga negatif pada lelaki tersebut.
Semua yang terlibat termasuk mereka yang dihumban ke dalam unggun api dan wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Godo dikehendaki memakai pakaian tebal serta menutupi bahagian muka dengan tuala.
Bagaimanapun, kehadiran bomba diperlukan semasa upacara ini dilakukan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Upacara Dondoyaki ini sebenarnya bukanlah dilakukan di wilayah Kanagawa sahaja. Cuma, apa yang berbeza, komuniti lain lebih kepada acara memasak mochi.
Sanggup mereka 'dibakar' hidup-hidup semata-mata untuk mendapatkan tuah dan buang nasib buruk. - CARI |