"Apa jua keinginan seksual anda, itu adalah hak anda sendiri."
Tulis pelakon yang kembali popular, Rashidi Ishak di laman Twitternya.
Menurut Shidi, dia menerima banyak mesej daripada peminat sama jantina meminatinya di laman sosial tersebut.
Sebagai artis, dia menghargainya. Namun, dalam masa sama, dia perlu juga menegaskan yang orientasi seksualnya adalah normal.
Kredit foto: ig
Ia mendapat maklum balas yang pelbagai di ruangan komennya. Ada yang menyatakan mereka turut menerima pelawaan yang sama kerana disangka gay dan ramai yang bersyukur kerana 'Pak Abu' jantan.
Bagaimanapun, ada pula yang seakan menangguk di air keruh apabila mengeluarkan ayat kontroversi hinggakan dibalas dengan padu oleh Shidi sendiri.
Kredit foto: twitter
Nampaknya sejak-sejak Rashidi Ishak kembali meletop serta penampilannya yang dipanggil 'hot daddy' ini bukan sahaja wanita yang tergoda, malahan kaum sejenis turut meminatinya.
Kredit foto: ig
Teruk sangat dah generasi masa kini apabila menganggap dunia mereka adalah sama dengan orang lain. Itulah bahana apabila semuanya dihujung jari. Bawa bersabar ya Shidi. - CARI |