Edited by maxim at 2-2-2020 06:37 PM
“Hina arwah anak & bakar barang pemberian…” – Datuk Vida terkilan sikap Azwan Ali
Kecewa dan terkilan. Itulah kini yang dirasai oleh ushawan Datuk Seri Vida dengan tindakan pengacara Azwan Ali yang membakar minyak wangi pemberiannya dan menghina kematian dua orang anaknya.
Kekesalan itu dinyatakan beliau menerusi IG miliknya, dengan mengulas bahawa tindakan pengacara tersebut sangat menyinggung perasaannya.
“Anak 2 dah rentung pun tak insaf lagi…”“Go to hell! Pergi mampus denganmu! Anak dua dah mampus, dah rentung kau tak insaf-insaf! Padanlah kau kahwin je kau bercerai, kahwin je cerai..”
Itulah ayat yang diperkatakan oleh Azwan Ali terhadap Datuk Vida, menurut usahawan itu dia cukup terkilan apabila pengacara berkenaan mengaitkan kehidupan peribadinya sehingga, memperkotak-katikkan kematian anaknya yang maut dalam kebakaran. “Saya rasa sangat sedih, kenapa anak saya yang telah tiada itu diperkotak katikkan, dikaitkan dengan kebakaran, bakar minyak wangi saya…”
Sampai tak boleh tidur, sedih…Berikutan apa yang diperkatakan oleh Azwan Ali, kata-kata pengacara itu cukup terkesan untuk dirinya kerana bukanlah mudah baginya untuk menerima kehilangan anak tercinta.
“Dia telah libatkan anak-anak yang telah pergi disebabkan tragedi kebakaran, saya tak boleh tidur disebakan stress, orang yang masih hidup boleh lagi kita minta maaf…”
|