Selepas gempar mengenai usahawan kosmetik Muhammad Sajjad atau Nur Sajat mencemarkan imej Islam di Mekah, warga maya berkongsi mengenai kes yang menimpa dua wanita transgender Pakistan yang didakwa maut akibat didera di Arab Saudi.
Polis Arab Saudi didakwa membunuh Amna, 35, dan Meeno, 26, selepas pihak berkuasa menyerbu kediaman mereka di Arab Saudi dan menahan 35 transgender.
Mohamad Amin atau Meeno mati dalam tahanan
Kredit Foto: BBC
Dua wanita transgender itu dimasukkan ke dalam guni sebelum dipukul dengan kayu dan didera sehingga mati, dakwa aktivis hak asasi manusia di Pakistan seperti yang dilaporkan Independent.
Protes Oleh Transgender di Pakistan ekoran kematian dua transgender negara itu di Arab Saudi
Kredit foto: Human Watch Right
"Kami mahukan penjelasan kerana situasi sekarang begitu mengelirukan dan ramai golongan transgender di Arab Saudi berasa bimbang dan ketakutan," kata Qamar Naseem, aktivis sosial dari Blue Veins.
Arab Saudi menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan laporan media mengenai serbuan itu adalah salah dan tiada sesiapa yang didera.
Sebaliknya, pihak kementerian berkaitan mengambil maklum mengenai kematian seorang warga Pakistan dalam tahanan yang meninggal dunia ketika diberi rawatan selepas mengalami serangan jantung.
Untuk info, tiada undang-undang khas yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan terhadap golongan transgender di Arab Saudi.
Namun, pihak berkuasa akan menangkap dan memenjarakan lelaki yang berkelakuan seperti wanita.
Sementara itu, di Pakistan individu transgender kebiasaannya dibuang keluarga dan dipaksa untuk mengemis atau melacur bagi menyara kehidupan sendiri.
Manakala, di Malaysia kaum wanita diajak berkongsi tandas dengan golongan ini. Eh! - CARI |