Ekoran wabak koronavirus yang menular di seluruh dunia, beberapa restoran di Indonesia membuang dan tidak lagi menawarkan hidangan kelawar.
Difahamkan menu kelawar masak lemak begitu popular di bandar Manado di Sulawesi Utara.
Namun, sejak seminggu lalu, daging kelawar sukar didapati di pasar Tomohon yang begitu terkenal dengan daging daripada haiwan eksotik, Sinar Harian memetik laporan media tempatan.
Pasar berkenaan bukan sahaja menjual daging kelawar, malah turut menjual daging anjing, kucing, tikus, babi hutan dan ular.
Kredit foto: Sinar Harian
"Sudah seminggu kami tidak menjualnya. Kami mendapat tahu bahawa kelawar membawa virus itu (koronavirus)," kata seorang pengusaha restoran yang dikenali sebagai Mereyke.
Manakala, seorang lagi pemilik restoran, Nicolina berkata dia membuang menu kelawar kerana tidak mahu perniagaannya terjejas.
"enyebaran berita palsu terutamanya membabitkan menu kelawar menyebabkan perniagaan saya sedikit terjejas.
"Tetapi, saya akan tetap memasak daging kelawar sekiranya mendapat tempahan peribadi terutama sekali daripada pelanggan tetap," katanya.
Bagaimanapun, tabiat memakan haiwan eksotik di Sulawesi Utara bukanlah diamalkan seluruh rakyat di situ. - CARI |