CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17551|Reply: 107

"Kau Patut Repair Muka" Dikritik Netizen, Aina Abdul Takut Nak Baca Ko

[Copy link]
Post time 7-2-2020 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aina Abdul mengakui sedikit terkesan dengan beberapa komen yang dilemparkan netizen terhadap imej dan gaya fesyennya.


Namun bagi pelantun lagu 'Sumpah' ini, dia tidak mudah melenting mengenai isu tersebut dan menganggap ianya salah satu cabaran dalam mengharungi bidang hiburan.

Kredit foto: Carian Google

Ketika ditemui Media Hiburan, Aina mengatakan bahawa dirinya merupakan seorang pendatang baru dalam industri seni, banyak belajar perkara baru (fesyen) yang pelik-pelik dan suka untuk mencuba tapi perkara itu membuatkan ramai yang mengecam dirinya.


"Walaupun ada yang kutuk dan kecam, saya perlu publisiti sebegitu. Saya tak rasa 'down' yang melampau kerana saya yang pilih untuk berpakaian macam itu," ujarnya lagi.


  

  



Aina Abdul atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani telah menganggap setiap komen yang dilemparkan netizen sebagai penguat semangatnya.


"Kalau saya pakai pelik, jika dilihat dari sudut positif, orang mencari siapa saya. Saya mahu beri kelainan dalam imej dan sekurang-kurangnya orang bercakap mengenai kewujudan saya," katanya jujur.


Pernah juga menerima kritikan dan komen melampau dan pedas, Aina mengakui agak takut dan enggan membaca komen. Malah dia juga enggan balas komen yang mengkritik mengenai penampilannya.



Kredit foto: Carian Google

"Ada komen yang buat saya terasa hati. Bila baca komen di instagram, ada yang cakap 'kau patut buat muka'. Komen itu sangat pedih,"


"Tapi ada juga yang memberi komen yang baik dan positif, alhamdullilah," jelasnya lagi.


Perkembangan terkini, Aina sedang giat membuat persiapan mental dan fizikal untuk beraksi di pentas AJL ke-34, dengan mempertaruhkan lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri.


Semoga berjaya diucapkan kepada Aina! - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sendunya benang ni. takde org komen
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:33 AM | Show all posts
apa nak cuba di sampaikan ...sampai aku x tahu nak komen....

tapi serius style tudung pelik2 tu.. buruk....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak X kenal sapa ni....tapi mukanya mcm muka ex boss akak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:38 AM | Show all posts
dia ni try hard nak nampak cantik last2 tak elok jugak..dengan fesyen tah apa2 dia..tengok ct nana ..rilek ja org komen gigi dia senget
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:39 AM | Show all posts
OT jap, iols tertengok gambar Joyrepah masa high tea, giler ko macam fesyen onggile
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara sodap tk menjamin kelangsungan if takde woww factor..
Tp teruk naw ek perangai netizen duk komen cemtuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:50 AM | Show all posts
yang pakai baju kuning promo ajl tu SUMPAH tak cantik,,,dah macam gajah bertanduk...tak tahu tu mangsa fesyen...ke ape... kalau dia ikut arahan je, kesian. bakat ada tapi diperkotak katikkan... masa semi final pun agak tak cantikla nampak gemuk dia ...tapi taktahu dia pakai mcm tu ikut arahan siapa atau sendiri nak begitu....

tapi mngkin dia buat reverse psychology... betul cakap dia, at least org kenal bila dia dah berfesyen pelik sket.... tengok salma... jadi simple dr dulu sampai skrang ...bakat ada, tapi smpai skerang sendu...huhuuu bijak aina ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 10:54 AM | Show all posts
masalahnye muke ko buruk pun dekk..
tp kalau dpt MUA  yg blh make up ko perfect..
ko blh nampak lawo..
ni ko dh la sememangnye buruk..
mekap pulak time semifinal tu..Allahu....
dgn shading..blusher ke mane.. baju plak pink..
Apooo...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga Allah mudahkan utk Aina
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan ye aina walaupun acik taktau ang nie.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:28 AM | Show all posts
astagaaaaa.. pesen apa dia bawak tu..
dah macam orang digi dengan belon pedang clown hari jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dh tu kita nk kena gelabah tetek ke x ni dgn gosip mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
terlalu bereksperimen pun tak sesuai . Simple je ok .
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 7-2-2020 10:28 AM
sendunya benang ni. takde org komen

x kenai artis bbnu..nk komen haper..hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:40 AM | Show all posts
Edited by edoraixora at 7-2-2020 11:42 AM

tapi suara ko sedappp dekkkk
pedulik kan kritikan netizen yg melampau
teruskan perjuanganmu

gitu akak support ko dekkk, akak terjatuh cinta ngan suara ko masa ko cover lagu celine dion 'I Surrender'


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau cantik je dik.. Jgn dok pkai pelik2 sudah.. Sarah suhairi tu pun muka biasa2 je. Tp xde ka nak pakai pelik2. Pkai la yg sesuai dgn umur. Xyah nak bereksperimen sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia baca bebenang ni bukan takat kecik ati koyak rabak hancur berkecai punah hati dia..sini acik2 kepams lagik hazabedah mulutnya berbanding bebawang kt igs /fb
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:52 AM | Show all posts
yang pakai tudung kuning tu sumpah pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
X cantik tu xpela nak buat mcmne kan.. tapi yg ko pakai serkup mcm cheese leleh tu dah knapa sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.218502 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list