Hanis berkata beliau hanya makan roti jenis gandum penuh sahaja yang kurang gula, tetapi tinggi serat makanan. Roti ini membuatkan seseorang berasa kenyang selepas memakannya.
Kredit Foto: Google - Roti Jenis Gandum Penuh
Biasanya, orang akan mengunyah kerepek atau keropok, tapi lain pula bagi Hanis yang memilih buah-buahan sebagai kudapan.
Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah kecantikan kulit wajah juga terjamin dengan mengamalkan buah-buahan yang mengandungi banyak nutrien.
Kredit Foto - Free Malaysia Today
Hanis masih minum air manis dan memilih minuman yogurt Nestle Lactel Bliss kerana ia mengandungi jus buah-buahan sebenar dan rendah lemak.
Rasa manis dari ekstrak buah-buahan sebenar yang sedap dan lemak berkrim membuatkan anda rasa kenyang setiap kali meminumnya. Namun, air putih juga perlu diminum secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Foto - http://www.pamper.my
Pada akhir video, Hanis menjelaskan untuk mencapai sesuatu kejayaan besar, perlulah bermula dengan perubahan kecil dahulu .
Jom kurus!