CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16792|Reply: 148

Persatuan Kesihatan Mental kecam persembahan Aina

[Copy link]
Post time 10-2-2020 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 10-2-2020 09:09 AM

Persatuan kesihatan mental kecam persembahan 'bunuh diri' Aina

Persembahan kontroversi oleh penyanyi Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL) malam tadi mengundang kecaman persatuan kesihatan mental.

Pada persembahan itu, Aina berpakaian serba putih dan dilihat menikam dadanya sehingga 'darah' keluar membasahi pakaiannya.
Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) menyifatkan persembahan konsep "bunuh diri" berkenaan sebagai keterlaluan.

“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini?

“Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media,” kata MIASA dalam kenyataan itu di Facebook.

Tambah MIASA, persembahan itu melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan mencederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk melakukannya.

"Bagi individu yang memiliki masalah mental, adegan seperti ini boleh menyebabkan trigger (pencetus) yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang merbahaya juga.

"Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF)," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Aina melalui akaun media sosialnya menjelaskan bahawa gimik persembahan berkenaan adalah kesinambungan daripada muzik video lagunya.

Aina berkata, persembahan itu adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita.

“Persembahan tadi adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat
disayanginya.

“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditanggung wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Saya berharap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba disampaikan,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

Dalam video klip lagu itu, penyanyi tersebut memperlihatkan situasiseorang pesakit Skizofrenia, penyakit mental yang menyebabkan individukerap berhalusinasi dan gagal mengawal perasaan.
  



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hodohnya outfit dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 09:21 AM | Show all posts
bodoh                              
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg aku dah faham..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 09:36 AM | Show all posts
semanjak dua menjak nie...banyak isu berkaitan yang mencuba benda yang bodoh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 09:55 AM | Show all posts
semalam tengok video ni kejap je kat fb. terus meremang rasa takut tngok. dah macam gula2 poc**g. terus cepat2 skroll.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2020 09:56 AM | Show all posts
JibboTheCat replied at 10-2-2020 09:55 AM
semalam tengok video ni kejap je kat fb. terus meremang rasa takut tngok. dah macam gula2 poc**g. te ...

Video tu dh xde kan..kat mana lg blh tgk..i x tgk AJL pun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 09:59 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 10-2-2020 09:56 AM
Video tu dh xde kan..kat mana lg blh tgk..i x tgk AJL pun..

tengok semalam kt fb tv3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 10:11 AM | Show all posts
jijik   dah agak akan kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa aku tgk outfit dia mcm darah hidung lap kt tisu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:16 AM | Show all posts
patutnya baju tak yah ropol-ropol..
straight jah..
baru nampak macam dah siap kapan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti rakyat malaysia belum sampai lagi ke tahap nak terima simbolik mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:36 AM | Show all posts

"Ia Simbol Hati Yang Terluka" - Respons Aina Abdul Persembahan Berdara






Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) telah pun melabuhkan tirai malam tadi. Namun, banyak cerita tidak sedap didengari, antaranya persembahan Aina Abdul yang didakwa ala-ala membunuh diri dengan titisan darah mengalir keluar dari busana berkenaan.


Lantaran itu, portal kesihatan Public Health Malaysia bersuara bahawa ia adalah konsep bunuh diri keterlaluan serta melanggar peraturan.




Foto: FB




Portal tersebut juga menggesa pihak terbabit lebih peka dengan isu sensitif ini di masa akan datang.




Foto: Twitter




Persembahan Aina itu sangat memukau, ramai yang memuji persembahannya hingga mendapat 'standing ovation' daripada audiens kerana kemampuannya menyanyi sangat luar biasa.



Namun, ia mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang mengatakan ianya adalah konsep seni, jadi tiada apa yang mencurigakan. Manakala, ada segelintir yang lain bersetuju bahawa ianya seolah-olah pencetus kepada kesihatan mental.












Sehubungan dengan itu, pihak stesen TV3 sendiri telah menarik balik video Aina Abdul termasuk sebuah lagi persembahan Drama Band yang dikatakan memanaskan lagi situasi politik kerana mengaitkan ramai orang.






Aina sendiri dalam pengakuannya di laman Instagram menjelaskan bahawa konsep tersebut sebenarnya simbol kepada hati berdarah yang melambangkan kehancuran wanita selepas melukakan hati insan disayanginya.



Bagaimanapun, Aina menerima semua kritikan itu dengan baik dan mengharapkan semuanya terhibur.





  



  




Pelbagai pendapat yang diutarakan. Mungkin untuk konsep televisyen yang ditonton berjuta orang, ianya tidak sesuai dipersembahkan.



Mungkin boleh ditambah baik dengan isu-isu yang tidak sensitif bak kata warganet, kenapa perlu melabelkan diri sendiri lemah hanya kerana seorang lelaki! - CARI


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Some people cepat sgt triggered. Siap ckp tikam diri sendiri.. celah mana sheols tikam diri atas pentas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju gumpalan cadar hotel
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
inspire dari ais krem mekdi kot...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
terluka darah tak over mengalir mcm tu. ni macam penanggal je ai tgk. geli yekkk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:49 AM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 10-2-2020 10:51 AM

Yang ni memang iols geli dengan darah meleleh lekat di baju eee... x enjoy langsung teros naik disgusted gitew  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu. Dia dapat inspirasi dari Lady Gaga VMA dan juga Madonna Gang Bang MDNA Tour.

Tapi dik, kalau ko nak perform benda taboo & artistik kat Msia, kena hati2 sebab audience org kita sensitif, sempit & takut pada evolusi.. hiks
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 10-2-2020 02:45 AM
inspire dari ais krem mekdi kot...

Kau janganlah mcm ni.. McD tu sedappp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.101212 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list