P
Isu poligami memang panas. Apatah lagi ada yang berpoligami tetapi tidak mengamalkan kesaksamaan dalam sunnah Nabi itu.
Ianya dibangkitkan oleh pengguna Facebook yang berpendapat bukan sengaja wanita menolak poligami. Ini kerana kebanyakan suami hanya mahu beristeri tetapi tidak menunaikan hak sepatutnya.
FB
Perkongsiannya mengenai komen-komen lelaki di portal poligami ini mendapat banyak respon warganet.
Status mengenai cara-cara berpoligami dengan betul menjadi tempat golongan lelaki ini melampiaskan kemarahan mereka. Seolah-olah apa yang ditulis sebagai hak itu didakwa sebagai mengada-ngada.
Google
Menurut Nor Asmarina lagi, dia bukanlah anti poligami. Tetapi anti lelaki yang tidak tahu mana satu kewajipan ke atas mereka.
"Kalau dia tak mampu tapi dia tahu kewajipan, dia ada usaha dan dia tak menyangkal benda yang memang wajib atas dia sebagai suami dan lelaki itu baru betul. Ini dah la tak mampu sangkal pulak hukum yang wajib."
Fb
Bagi Nor, bukan hanya lelaki kaya boleh berpoligami tetapi hanya lelaki yg memimpin dengan baik dan sentiasa faham kewajipannya sahaja yg layak. Bukan jenis lelaki yg utamakan nafsunya dan melaungkan sunnah.
Hakikatnya, lelaki di Malaysia memang cetek ilmu mengenai poligami. Bagi mereka berkahwin lebih itu sunnah tetapi hak dan tanggungjawab diabaikan. - CARI
Jadi, anggaplah teguran membina ini sebagai panduan dan bagi lelaki yang mahu beristeri lebih perlulah menimba ilmu ya tak. |