Warganet China mengecam tindakan wanita dipercayai sengaja menyebarkan wabak koronavirus di Wuhan.
Menurut laporan Shanghaiist, tular video seorang wanita meludah pada tombol pintu di sebuah unit apartment.
Kredit foto: Shanghai.ist
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada malam Sabtu menunjukkan wanita itu terhendap-hendap di hadapan sebuah unit apartment tersebut sebelum meludah pada tombol pintu berkenaan.
Sejurus rakaman itu diserahkan kepada polis, sepasukan anggota Hazmat tiba untuk melakukan proses sanitasi kawasan tersebut.
Bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti sama ada suspek dijangkiti wabak berkenaan.
Namun, komuniti di kawasan berkenaan telah melaporkan 30 kes yang telah disahkan, di mana 90 individu menunjukkan simptom seperti demam.
Sementara itu, kerajaan Hubei memberi amaran kepada mana-mana individu yang didapati dengan sengaja menyebarkan wabak koronavirus akan berdepan hukuman jenayah dan dipersetujui pengguna Weibo.
"Saya rasa orang macam ni patut ditembak.
"Teruk! Adakah dia cuba membalas dendam terhadap masyarakat? Dia mesti dihukum dengan berat," antara komen warganet. - CARI |