Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google
Subsidi untuk bakal jemaah Malaysia yang kali pertama menunaikan haji mungkin dimansuhkan mulai tahun depan kecuali untuk golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40.
Memetik laporan The Edge Markets, sumber menyatakan Lembaga Tabung Haji pada mulanya merancang untuk memansuhkan subsidi tersebut tahun ini.
Namun, rancangan itu terpaksa ditangguhkan kerana perlu mendapatkan 'lampu hijau' daripada pihak atasan terlebih dahulu.
"Mereka (Tabung Haji) sedang melakukan persediaan untuk mengurangkan kesan pemansuhan subsidi kepada orang ramai.
"Tidak pasti bila pengumuman akan dibuat, tetapi ada desas-desus mengatakan ia mungkin dilaksanakan tahun depan," jelasnya.
Surat tawaran menunaikan haji musim 2020 yang dihantar kepada bakal jemaah.
Kredit foto: Facebook
Tabung Haji dilaporkan telah membelanjakan lebih RM1 bilion untuk subsidi jemaah haji kali pertama sejak 10 tahun lalu.
Kos subsidi haji tahun lalu dianggarkan mencecah RM400 juta.
Dalam surat yang dihantar kepada bakal jemaah haji tahun ini, mereka diberi pilihan sama ada untuk menerima subsidi tersebut atau sebaliknya.
Tabung Haji wajar membuat pengumuman awal tentang cadangan pemansuhan subsidi supaya umat Islam di negara ini lebih bersedia dari segi kewangan sekiranya mereka dipilih untuk menunaikan haji tahun depan. - CARI |