Apa perlu seorang lelaki menyimpan bulu dada? Kenapa tidak? Jangan terkejut sekiranya ramai wanita di luar sana yang sebenarnya menggemari lelaki yang memiliki bulu dada. Ramai wanita mengatakan lelaki berbulu dada dianggap seksi, menawan dan mempunyai ciri maskulin yang sejati. Tidak kurang juga wanita yang kurang menggemari lelaki yang memiliki bulu dada kerana geli. Bermacam-macam tanggapan, bukan? sebenarnya banyak kelebihan yang dimiliki oleh lelaki yang berbulu lebat di dada. Ini adalah antara kelebihannya.
1- SUKAR BERPELUH, KURANGKAN BAU BADAN Ini bukan sekadar anggapan namun dibuktikan secara saintifik oleh Nick Lowe, perunding dermatologi dari London’s Cranley Clinic. Kenapa lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan sukar untuk berpeluh, walaupun mereka juga manusia biasa? Ini kerana, bulu dada telah menyerap peluh melalui sistem osmosis. Oleh itu, walaupun ketika itu mereka benar-benar berpeluh, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya telah pun diserap oleh bulu dada mereka malah ia secara automatik mengurangkan bau badan.
2- KURANG DIJANGKITI PANAU ATAUPUN KURAP Ya, lelaki berbulu lebat terutama sekali di dada kurang dijangkiti panau atau kurap. Ini kerana kulit lelaki yang dilindungi oleh bulu dada ini boleh menyebabkan lelaki itu tidak akan sama sekali dijangkiti apa-apa penyakit yang berkaitan dengan kulit. Berdasarkan pemerhatian, bulu dada melindungi dari dihinggapi bakteria mahupun virus dari memasuki ke dalam kulit.
3- MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON Apa benar dakwaan ini? Berdasarkan pemerhatian dari Nida Chammas, perunding endocrinologist di Hospital Churchill BMI The Clementine, Harrow menyatakan lelaki berbulu dada merupakan penanda aras kepada kesihatan hormon testosteron mereka. Bukanlah bermaksud lelaki yang tidak berbulu dada tidak sihat paras hormonnya. Namun, lelaki berbulu dada reseptor di kulit mereka adalah lebih responsif kepada sentuhan.
4- LEBIH MASKULIN Mereka yang memiliki bulu dada ini jelas terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya akan dimiliki oleh lelaki sahaja. Malah, tidak semua lelaki berupaya untuk memiliki bulu dada. Jadi sesiapa yang berupaya untuk memilikinya dikira sangat bertuah dan terbukti kejantannya. Ini disokong oleh gen lelaki tersebut. Sekiranya dia dilahirkan dari keluarga yang berbulu lebat di dada, peratusan besar lelaki tersebut jua akan turut memiliki bulu dada.
5- LEBIH BIJAK Apa benar dakwaan ini? GL juga turut sukar untuk mempercayai dakwaan ini tetapi itulah hasilnya daripada kajian daripada Dr Aikarakudy Alias, seorang pakar psikiatri Amerika Syarikat, mendakwa lelaki berbulu dada banyak dijumpai di kalangan doktor berbanding penduduk umum – dia mendapati 45 peratus daripada doktor pelatih lelaki adalah ‘berbulu’ berbanding kurang daripada 10 peratus lelaki secara umumnya.
|