Angkara pemandu mabuk, ramai sudah keluarga berantakan, ada yang kehilangan anak dan ada juga yang hilang kasih sayang ibu bapa. Terbaharu lima beradik menjadi yatim setelah ayahnya terkorban dalam kemalangan di Seberang Jaya, Pulau Pinang sementara ibunya masih bertarung nyawa di hospital.
Menerusi laporan Astro Awani yang menemui anak sulong keluarga ini, Nur Afni Nirwana yang berikrar untuk menjaga adik-adiknya dengan baik sehingga besar meruntun hati ramai warganet. Rata-rata berasa sayu dengan beban yang terpaksa dipikul oleh orang tidak bersalah. Sementara pemandu mabuk? Apa hukuman terhadap mereka?
Twitter
Kemalangan yang mengerikan itu menyebabkan kelima-lima adik beradik ini menjadi yatim sekelip mata, Nur Afni Nirwana,16 Nur Istna Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7 dan Muhammad Khairi Zafran, setahun 9 bulan.
Kredit foto: Twitter
Sedia maklum, belum ada hukuman keras terhadap pemandu mabuk ini walaupun ia membabitkan kehilangan nyawa, maka ramai yang menggesa kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pesalah atau penjenayah ini. Malahan mereka juga harus bertanggungjawab terhadap kebajikan waris mangsa ini.
Selain itu, warganet terus mempersendakan tindakan kerajaan yang dilihat masih terumbang-ambing dalam menentukan hukuman terhadap pemandu mabuk ini.
Kredit foto: Twitter
Justeru itu, sementara menunggu undang-undang akan digubal atau tidak, warganet menyeru rakyat Malaysia bagi membantu keluarga ini dengan memberi sumbangan yang termampu. Anak pertama dan kedua kini bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kg Kastam sementara anak ketiga dan keempat di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal. Buat masa ini mereka tinggal di rumah datuknya.
Kredit foto: FB
Diharapkan pihak berwajib memandang serius perkara ini yang kebanyakannya membabitkan keluarga susah. Kenakan tindakan keras kepada golongan pemandu mabuk yang tidak sewajarnya berada di jalan raya. Dan jika anda mempunyai rezeki lebih, boleh sedekahkan kepada ahli keluarga ini, sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka. - CARI
|