Hina Islam Dalam FB, Polis Siasat Pemilik Akaun Kelvin Cao
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Cao sedang disiasat polis berikutan memuat naik kenyataan berunsur menghina Islam.
Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari.
Difahamkan, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sejak 10 Februari lalu di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan individu terbabit masih giat dilakukan," jelasnya.
Kredit foto: Facebook
Sebelum ini, tular kenyataan berunsur menghina Islam yang disiarkan dalam laman Facebook Kelvin Cao.
Kenyataan biadab tersebut turut menggunakan kata-kata lucah sehingga mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, akaun berkenaan dipercayai tidak lagi aktif di Facebook.
Memang wajar Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menggugat keharmonian masyarakat di negara ini. - CARI |