Kredit foto: Facebook Michelle Ng Mei Sze
Isu penguatkuasa MSJ bertengkar dengan seorang lelaki tua berbangsa cina nampaknya mendapat perhatian istimewa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.
Michelle hari ini menerusi satu kenyataan media, menggesa anggota terb@bit tampil memohon maaf kepada mangsa di atas tindakannya itu.
Kredit foto: Facebook Michelle Ng Mei Sze
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan ADUN tersebut kerana dilihat berat sebelah kerana serangan bermula dari warga emas tersebut.
Sepatutnya ADUN bersikap lebih neutral dan positif serta menumpukan perhatian pada hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.
Lebih molek sekiranya ADUN berkenaan sarankan supaya pihak berkuasa lakukan siasatan terperinci untuk mencari keadilan, bukannya bagi pandangan yang berat sebelah.
Apatah lagi isu penjawat awam yang melibatkan MPSJ, maka biarlah pegawai atasan dan MPSJ yang keluarkan kenyataan. - CARI |