Siapa tak gementar bila sedang melanggar undang-undang jalan raya, tiba-tiba muncul pula anggota trafik entah dari mana.
Begitulah yang terjadi pada pemuda ini di mana videonya cuba melarikan diri dari ditahan anggota polis trafik menjadi tular di media sosial.
Kredit Foto - The Reporter
Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, remaja berusia 16 tahun itu tidak memakai topi keledar dikejar anggota polis trafik.
Memetik laporan The Reporter, suspek enggan berhenti walaupun diminta berbuat demikian dan terus menunggang dalam keadaan berbahaya.
Kredit Foto - Ihsan Pembaca Facebook
Akibat kecuaian diri, motosikal suspek terlanggar jalan berlubang lalu menyebabkan dia hilang kawalan, melambung sebelum terhempas dan terseret beberapa meter bukan ditendang polis seperti didakwa netizen.
Netizen juga mengecam tindakan pemuda itu yang enggan berhenti walaupun diarahkan.
Kredit Foto - Facebook My Media Hub
Suspek mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menjalani ujian saringan air kencing. Walau bagaimanapun keputusannya adalah negatif.
Sementara itu, polis telah mengeluarkan lima saman terhadapnya atas kesalahan menunggang tanpa lesen, tidak memakai topi keledar dan motosikal tanpa nombor pendaftaran.
Pemilik kenderaan turut disaman kerana membenarkan suspek yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal itu dan tidak mempunyai cermin sisi.
Patut la awak lari dik. Banyak betul kesalahan jalan raya. Apa pun tindakan sedemikian boleh mengundang padah pada diri sendiri dan orang lain.
Terimalah saman dari pihak berkuasa dengan hati yang terbuka kalau nak hidup lama. - CARI |