Kanser payudara antara penyakit paling digeruni dan merupakan kanser paling utama menyerang kaum wanita.
Kanser payudara disebabkan pelbagai faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan keadaan sekeliling.
Faktor-faktor itu sukar untuk dikenalpasti. Namun begitu, pemakanan yang sihat dan membuat senaman dapat mengurangkan risiko.
Justeru, penting untuk kaum wanita melakukan pemantauan.
Kredit foto: Health Magazine
Bagaimanapun ada juga yang mengaitkannya dengan pemakaian baju dalam atau bra yang ketat dan berdawai, yang mana ia dijaja dari mulut ke mulut sehingga ramai yang mempercayainya.
Perkara ini dikongsi Dr Amalina Bakri menerusi laman Tw!tter beliau.
Kredit foto:Twitter - Tweet seorang pelayar yang mengaitkan bra ketat sebagai punca kepada kanser payudara, sebelum ia kemudian dipadam.
Kebanyakan orang lebih memilih untuk mempercayai mitos berbanding membaca maklumat yang sahih. Mesti Dr Amalina 'geram' ni. Habis semua sepupu, nenek termasuk jiran pun keluar.
“Dah berapa kali saya nak cakap, itu adalah mitos, tolonglah baca abang oiiiiii.
“Korang nak percaya kawan punya sepupu punya nenek punya kawan punya datuk punya kawan punya adik punya abang punya kakak yang beritahu ke atau doktor yang buat specialise dalam bidang kanser payudara beritahu?” tulis Dr Amalina pada tweet yang berasingan.
Tambah Dr Amalina lagi, sesetengah wanita berasa selesa untuk memakai bra ketika mereka sedang tidur, sementara yang lain pula tidak. Biarkan sahaja mereka membuat keputusan selagi perkara tersebut tidak mengundang sebarang bahaya.
Menurut Dr Amalina lagi, setakat ini tidak ada bukti yang kuat untuk menyokong dakwaan kononnya memakai bra pada waktu malam dapat mencegah payudara daripada menjadi kendur.
"Sesetengah wanita berasa selesa untuk memakai bra ketika mereka sedang tidur atau mengikut saranan doktor. Pakailah jika perlu asalkan sesuai dan tidak terlalu ketat.
Bra berdawai tidak menyebabkan kanser," tulisnya lagi.
Rata-rata netizen menyokong kenyataan doktor tersebut dan dalam masa yang sama mengecam individu berkenaan gara-gara terlebih mempercayai mitos.
Lelaki pun boleh kena kanser payudara, tapi berapa ramai antara mereka yang pakai bra masa tidur?
Kenapa yang bising pasal ni selalunya yang tak pakai bra?
Dasar melayu pervert!
Kredit foto: Twitter Dr Amalina
Fuh. Dah masuk tahun 2020 masih ramai yang percaya hearsay dan perkara mitos.
Sebarang perkara berkaitan sebarang kanser dapatkanlah dari doktor yang pakar mengenainya, okay! - CARI
|