Wanita maut ditembak bekas suami di sebuah pusat beli-belah pada Selasa.
Menurut BERNAMA, kejadian berlaku jam 3.15 petang waktu tempatan di Century The Movie Plaza berhampiran Victory Monument di Daerah Ratchadewi.
Dalam kejadian, suspek yang bersenjata menyerbu sebuah klinik di situ sebelum melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah mangsa, Piyanut Chatthai, 28.
Tindakan suspek menyebabkan seorang lagi wanita, Wilasinee Teepan, 29, cedera.
Menurut laporan, suspek bagaimanapun masih bebas dan polis giat menjalankan usaha mengesannya.
Kredit foto: Bangkok Post
Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Left Jen Pakkapong Pongpetra berkata, suspek dan mangsa berpisah pada 13 Feb lalu selepas 10 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Sementara itu, South China Morning Post melaporkan pembunuhan itu bermotifkan cemburu.
Manakala, Bangkok Post sebentar tadi melaporkan Danusorn Numcharoen, 28, sudah ditahan polis hari ini di Kaeng Krachan, wilayah Phetchaburi.
Menurut laporan media tempatan, suspek meninggalkan nota di dalam sebuah bilik di Bangkok yang meminta polis tidak menjejakinya.
Dia berjanji bahawa tidak akan menembak orang lain selain diri sendiri. Tetapi, sebelum itu dia ingin membunuh seorang lagi sasaran iaitu kekasih mangsa.
Dia juga merayu supaya polis menjada ibunya. - CARI |