“Selepas AJL hari itu, ada tujuh lelaki datang mahu memikat, tetapi saya tolak."
Wah, semakin laku keras penerbit drama Datuk A. Aida selepas membuat kemunculan tanpa hijab di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), baru-baru ini.
Kredit foto: IG
Pun begitu, katanya dia masih selesa meneruskan hidup secara solo. Malah, semua yang datang memikat ditolaknya.
Dengar kata, A Aida tidak mahu yang 'buncit' mendampinginya. Maklumlah, tuan punya diri bertubuh mantap lengkap dengan six pack!
"Jika mahu berdampingan dengan saya, perlu ada six pack dan sado. Kalau boroi, pergi jauh-jauh.
“Saya belum lagi bertemu teman pengganti. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang sasa, ada six pack. Sekarang saya gembira dengan status solo. Tetapi tidak tahulah jika satu hari nanti tuhan buka pintu hati saya,” katanya dipetik dari Media Hiburan.
Kredit foto: IG
A Aida mendedahkan dia sudah menanggalkan tudung ketika di Maldives akhir tahun lalu.
Risau juga dihentam masyarakat sebelum membuat penampilan di AJL. Namun, rakan baiknya menasihati supaya dia menjadi diri sendiri.
"Kalau tidak memakai tudung, sudah tentu saya berdosa, namun jika hati belum terbuka, kita sama-sama berdoa,” jujurnya.
Mengulas mengenai rutinnya bertungkus-lumus mendapatkan bentuk tubuh idaman, A Aida mendedahkan sudah hampir lapan bulan tidak menyentuh nasi.
“Semua memuji penampilan saya. Ramai yang mengatakan wajah saya seiras Kilafary dan Tasha Shila, malah ada yang mengatakan seperti J-Lo,” katanya.
Kredit foto: IG
Wah, macam J-Lo ya? Patutlah tak mahu pasangan yang boroi. Kalau Coach Yin yang datang masuk 'line' macam mana Datuk? Sado tu! - CARI |