Aliff Syukri - Ali Puteh - Balu Abam
Cerita ini sangat panas sejak malam tadi lagi. Gara-gara lintas langsung usahawan kontroversi, Dato Aliff Syukri ke rumah balu Abam, Hidayah lalu bertanya pelbagai soalan, ia membangkitkan kemarahan adik Abam, Ali Puteh.
Rupa-rupanya ia membongkar rahsia yang tidak diketahui umum iaitu kereta milik Abam ditarik Ali. Begitu juga dengan telefon bimbit dan duit peninggalan Abam semuanya di ambil oleh keluarga arwah.
Ig
Ia menimbulkan pelbagai persepsi dan ramai yang memuji tindakan Aliff membongkar rahsia itu. Jika tidak, tiada siapa tahu nasib Hidayah dan anaknya Abam.
Warganet kemudiannya mengingatkan kembali mengenai kisah Puteri Balqis yang pernah ditemuramah Aliff. Soalan mengenai apa yang hendak dilakukan dengan duit derma menjerat diri apabila ibu Balqis menyatakan mereka mahu bermain Forex. Kecaman bertalu-talu daripada warganet menyebabkan Balqis menutup akaun instagramnya.
Twitter
Ekoran itu, rata-rata warganet turut memberikan kredit kepada Alif kerana dengan mulut kepohnya itu membuka sisi lain yang memilukan.
Bagaimanapun, tetap ada yang tidak menyokong tindakan Aliff yang tidak sensitif dengan soalan terhadap Hidayah.
Ig
Jadi, ada pro dan kontra dalam hal ini. Walaupun soalan mengenai perebutan harta sangat sensitif, terutamanya kubur arwah masih merah, namun dengan soalan itu juga ia mendedahkan perkara sebenar. Jadi, adalah juga gunanya Aliff Syukri ni. Macam wartawan Melodilah pula rasanya. - CARI
|