CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11792|Reply: 44

Kemelut Ali, Balu Abam - "Isteri Berhak Ambil Duit Dalam Wallet Suami"

[Copy link]
Post time 22-2-2020 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Hangat sejak beberapa hari ini isu membabitkan Ali puteh dan balu Abam yang berpunca dari temu bual Datuk Seri Aliff Syukri dan produksi videonya bersama keluarga balu Allahyarham.


Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian video di Facebook Ria X, adik kepada arwah Abam, Ali puteh memohon maaf dan menjelaskan apa yang telah berlaku sebenarnya.


Menurut Ali, isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah pun dibincangkan bersama balu Allahyarham Abam dan telah mendapat perfahaman.









Penjelasan Ali Puteh secara tidak langsung telah meleraikan salah faham dan tanda tanya dalam kalangan netizen.  


Namun, masih ada netizen yang tidak berpuas hati dan terus menghentam Ali ke atas khilafnya mem'binatangkan' kakak iparnya  itu.


Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan daripada pihak balu Allahyarham berkenaan isu ini.


Perkongsian seorang hamba Allah menerusi IG kimkidstimer mendakwa beliau bekerja di Firma guaman dan memberi pendapat serta ulasannya berkaitan pencerahan yang telah dibuat pihak Ali.


Menurut beliau, adalah tidak wajar mempersoalkan wang di dalam beg duit arwah yang telah kosong. Ini kerana, beliau beranggapan seorang isteri kematian suami perlu meneruskan hidup dengan anak sementara menunggu harta faraid diagihkan.


Beliau juga menjelaskan sumbangan yang diterima balu Abam adalah kepunyaan dirinya dan tidak ada kena mengena dengan pihak keluarga mahupun ibu arwah sendiri.




Foto: Bawang Rangers




Berkaitan balu arwah yang keluar dari rumah mentua dalam keadaan masih beriddah, beliau berpendapat adalah kerana emosi yang dialami Hidayah sendiri setelah kehilangan suami iaitu tempat bergantung dan dia seolah-olah dikawal pihak keluarga mertua.


Tidak dinafikan keperihatinan Ali dalam membantu urusan harta faraid layak dipuji kerana rasa tanggungjawabnya sebagai adik arwah, dan bapa saudarah kepada Hamzah. Namun, cara Ali seharusnya lebih berhemah.


Diharapkann kemelut yang berlaku dalam keluarga ini berjaya diselesaikan secara aman dan damai tanpa menganiaya mana-mana pihak. Semoga urusan harta faraid dipermudahkan dan dapat diselesaikan sebaiknya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak x faham kenapa keluarga arwah abam ni berkira sangat pasal duit dlm wallet. ..pelik. .pelik...pelik. ..nampak sangat ali puteh ni dan keluarga arwah abam  hati tarak baik....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju setuju!
Tak malu punya Ali
Bilik kelamin pun ko nak selongkar!
Ni skrg si dayah kat rumah mak bapak dia ni
Makan minum dia siapa yg bagi?
Selagi dlm iddah tanggungjawab tu atas bahu kau tahu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hati dibinatangkan kakak ipar sendiri, ibu kepada anak sedara sendiri yang bakal menjadi wali pada anak2 Ali sekiranya Ali meninggal awal. Bayangkan kalau ibu kepada anak2 Ali dibinatangkan, apa Ali rasa?

Salah silap itu perkara biasa bila melibatkan harta tapi jangan membinatangkan orang yang pernah membuat abangmu bahagia dan menjaga ibumu sepanjang dia tinggal bersama. Kejam!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 11:16 AM | Show all posts
bile hati tak dapat terima kenyataan lagi yang balu tu dah jadi sebahagian ahli keluarga kau.. tu yang ko rase ko perlu bertindak konon tuk keluarga.. ye.. perlu bertindak tapi tuk urusan penjagaan mak kau je boleh la.. bab harta tak perlu sebok sekelumit pon tuk uruskan.. lain la kalau abam ade anak pompuan je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pd isteri arwah abam.. Arwah meninggal dalam keadaan baik tapi mcmni pulak cerita keluarga dia.. Kenapalah perlu berkira.. Xde kesian langsung kat kakak ipar dgn anak buah sendiri.. Kalo btul si ali ni baik xde nye benda mcmni jadi.. Ayat dia pun awal2 tu pun nampak dah xbaik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam parasit korang adik beradik. Bukan binatang lagi dah

Tak logik langsung cash dalam walet ko pegang dulu. Berniat menyusahkan orang

Ali mungkin maklum yg dayah tau semua password kad bank abam. Bila2 boleh bawak keluar duit. Itu yang dia cuak sangat

Korang adik beradik patut jadi bahan cercaan. Taktau hujung pangkal tak bertanya terus nak derma baju arwah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-2-2020 10:12 AM
Akak x faham kenapa keluarga arwah abam ni berkira sangat pasal duit dlm wallet. ..pelik. .pelik...p ...

Bila si ali ni duk argue mn duit dlm dompet, kete xleh guna sbb kena tgu pmbhgian faraid n mcm2 lg, tu yg sbb dayah tu kuar rumah. Kalu i pun x selesa sbb dh la kita duk umah dorang, pastu duk pertikai mcm2. Sbb tu kuar rumah duk ngn makpak. Rs mcm duk menumpang bila adik beradik abam lyn mcm tu. Selama ni abam x bkira ngn adik beradik. Tiba tang ali, bukan main bkira duit dlm dompet abg. Kalau dia rs duit tertakluk kpd faraid, dia la sepatutnya hulur duit dia kt dayah. Tu pun nk bkira ke? Geram.betolllll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar terus derma baju arwah. Arwah ada anak kot. Bau2 lekat lg kat baju tu. Bagila bini peluk cium baju tu. Ke baju2 abam tu mahal tu niat nak jual?

Ali ni lebih sudu dr kuah. Kalau kau amik duit dlm wallet tu anak bini dia nak makan apa?? Lepas tu sibuk pasal duit sumbangan pulak. Bukan duit kau pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku pelik knp ada yg sokong Ali..dah la x leh kuar umah, lps tu stok makanan x de, anak demam pun x leh kuar ke bawak p jumpa doc.. Nak tunggu abis iddah br blh kuar umah...dah nak mkn pe.. Dah la wallet, kete, hf p ambik.. Mmg btl2 x logik la.. Lain la ko setiap ari call tanye.. Kakak ko OK ke.. Nak ape2 bahan msk nak aku bl kan.. Anak ko sihat. x sihat aku bwk ke klinik.. Kalo spesis mcm ni ok la.. Ni ehh semua x blh.. Mampos la mcm ni.. Anak nak makan, demam mungkin rindu kan arwah.. Nk kn bwk p klinik.. Siap maki tu yg paling x patut n patut dia kn maki.. Cer kita kn mcm tu.. Mampos la aku nak ikut.. Anak nak mkn, nak ade duit bl brg semua.. Ingat blh oder kat food panda nak bayo ckp sy balu.. X yah bayo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg x paham msih ade myokong ali n join maki dayah plak..pdhl dayah x ckp byk pon dari si ali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh pulak eh, abang dah mati si adik masuk bilik cakap barang sekian sekian hilang sedangkan tu selama ni bilik kelamin abang die,die tau ke serba serbi? duit dalam dompet yaakiiinm je sentiasa penuh, ko takde life sendiri ke asek jeling dompet abang khau. sampai tuduh balu arwah pencurik. dari dulu iols tak suka ali ni over nau
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom boikot ali. Kita bantu isteri abam dan derma. Duit orang kita derma jangan pula ada yang pandai2 nak faraidkan. Kepala bana betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling kelakar siap duduk rumah arwah. Siapa tuan rumah sebenarnya?? Hahaha.. tuan rumah pun lari balik rumah keluarga sebab xtahan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
abadi84: Setuju setuju!Tak malu punya AliBilik kelamin pun ko nak selongkar!Ni skrg si dayah kat rumah mak bapak dia niMakan minum dia siapa yg bagi?Selagi dlm ...

Dia pndai google bab faraid lupa nak google tanggungjawab idah. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
armin: Kurang ajar terus derma baju arwah. Arwah ada anak kot. Bau2 lekat lg kat baju tu. Bagila bini peluk cium baju tu. Ke baju2 abam tu mahal tu niat nak  ...

Dia nak faraid nak berkira setiap sen. Dengan orang luar dia derma baju abam dengan balu dia berkira. Dengan anak abam berkira. Walhal masa hayat abam derma kt anak yatim. Jom boikot ali ramai2. Biar dia tahu peminat abam sanggup buat apa saja untuk hak anak dan balu abam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2020 02:58 PM | Show all posts
sbb itu bila makin byk ko berbunyi nak tegakkan kebenaran semuanya
kantoi sbb benda2 mcm tu septtnya ko takyah cakap pun kan,sah2 semua
tu mmg hak arwah bini tp sbb ko sibuk nak faraidkan semua disitu ko dah
silap byk,disitu org ramai tahu ko mmg tamak harta arwah abg ko,ko dah
ckp ko lah yg akan jaga mak ko,benda mudah jer ko kan kaya jg apa salahnya
ko dahulukan semuanya kalau kata tak nak kira depan2 org ramai duit sumbangan
tu padahal kalau fikir logik ko bagi akk ipar ko kat bilik srh kira ke amiklah gunalah
dl mana2 yg perlu,ni bab kereta pun ko dah kantoi,dah mmg hak dia kan apasal
ko tgg nak faraid kan jg,padahal ko kan ada byk kereta apa salahnya ko bg kakak ipar
ko guna,mudah jer tp ko yg beratkan semua,silap ko sbb membinatang kan kakak ipar
ko disitu lah satu persatu terbongkar perangai ko yg tak semenggah tu,dah dr awal niat
ko dah tak betul ali tu yg terkeluar semua..terimalah akibat dr perbuatan ko sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pc tu just nak justify perlakuan dan perangai busuk perut dia..dah ko binatangkan kak ipar ko pastu nk pakai kepiah cas pak lebai...ni org perangai mcm kepala bu@#h..ko dgn adik beradik ko sama ja busuk perut nak kaut harta abam...busuk punya olang
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 06:09 PM | Show all posts
apa2 pon akak ttp team dayah buat masa ini...ali ni akak tak tau kewujudan dia sehingga lah kes ni. as a human ko patut ada hati perut bilamana si isteri dah kematian suami and tengah bersedih ko lak sibuk nak claim by saying rm1 pon faraid.semoleknya selesaikan lah masalah ni secara berhemah. btw, klu kita beli umah o kete, if klu termeninggal awal, bukankah ianya insuran tanggung, akak saja tanya sebab masa akak beli kete, pernah ditanya soalan siapa layak terima jika berlaku sesuatu. akak is naif tang ni, sila beri pencerahan sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot jek Ali ni.. biar melungkup kumpulan Puteh tu.. baru ada akai. Tak payah nak sokong2 lagi kumpulan ni
Jahat sangat mulut tu membinatangkan kakak ipar sendiri!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058374 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list