KREDIT FOTO: The Amityville Horror 2005 in Hindi : End Scene [11] - YouTube
Pernah dengar lagu Nina Bobo? Katanya, lagu ini berkenaan lagu kematian. Betul ke?
Sebelum kita ke bahagian misteri, apa kata kita kenali dahulu lagu Nina Bobo ini.
Nina Bobo merupakan sebuah lagu dari Indonesia yang menggunakan irama keroncong. Lagu yang dipopularkan Anneke Grönloh dan Wieteke van Dortini ini juga terkenal di luar Indonesia, terutamanya Belanda. Dan biasanya, lagu ini digunakan untuk menidurkan anak.
Dalam bahasa Indonesia, kata-kata yang digunakan dalam bait lirik lagu ini untuk menidurkan anak adalah nina-bobo(k) atau nina bobo. Kata kerja seperti "meninabobokkan" yang juga berasal dari lagu ini memiliki maksud "menyanyikan lagu untuk menidurkan".
Berdasarkan lirik lagu, seekor nyamuk akan menggigit si anak jika tidak segera tidur.
Memetik sumber Wikipedia, terdapat beberapa versi lirik lagu Nina Bobo. Anda boleh tengok versi bahasa Indonesia di bawah:
Nina bobo oh nina bobo
kalau tidak bobo digigit nyamuk.
Marilah bobo oh nona manis,
kalau tidak bobo digigit nyamuk.
Kalau dalam bahasa Belanda pula, di bawah adalah versinya.
Slaap meisje, oh slaap, meisje (tidurlah gadis, o tidur, gadis)
als je niet gaat slapen, zul je door een mug gestoken worden. (jika kamu tidak segera tidur, kamu akan disengat seekor nyamuk)
Laten we gaan slapen, oh lief meisje, (tidurlah tidur, o gadis manis)
als je niet gaat slapen, zul je door een mug gestoken worden. (jika kamu tidak segera tidur, kamu akan disengat nyamuk)
Anda juga boleh melihat macam mana lagu ini dinyanyikan melalui video di bawah:
Hakikatnya, lagu ini ada menyimpan satu misteri yang terkenal. Kisahnya, Nina ialah nama manja untuk seorang anak berdarah campuran Belanda dan Indonesia bernama Helenina.
Ibu Helenina, Mustika ialah seorang wanita Jawa dan penari profesional. Manakala, ayah Helenina, Van Rodjnik merupakan warganegara Belanda dan seorang komposer klasik.
Van Rodjnik (kiri), Helenina dan Mustika
KREDIT FOTO: MISTERI MENYERAMKAN di sebalik Lagu Nina Bobo - YouTube
Nina mengalami masalah susah tidur. Jadi, ibunya cuba untuk bersenandung ataupun menyanyikan irama lagu tanpa lirik untuk membantu Nina tidur.
Ayahnya memberikan idea supaya senandung itu ditambah dengan lirik 'Nina bobo oh nina bobo. Kalau tidak bobo digigit nyamuk'. Rumah mereka pun memang banyak nyamuk, jadi idea terhasil di situ.
Cara ini berkesan dan Nina akhirnya mampu untuk tidur. Jadi, Nina bergantung kepada lagu ini setiap malam untuk membolehkannya tidur.
KREDIT FOTO: Ternyata Ada Cerita Mistis, lho, di Balik Lagu Nina Bobo, - blog.misteraladin.com
Pada suatu hari, Nina mula menderita satu penyakit pada tahun 1875. Dia mengalami demam yang teruk. Pelbagai ubat telah diberi, tapi tiada hasil.
Nina menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah, Mustika setia menyanyikan lagu Nina Bobo untuk anaknya itu supaya dia dapat melupakan kesakitannya dan terus tertidur.
Malang bagi pasangan itu apabila Nina meninggal dunia pada usia enam tahun pada 1878.
Kejadian pelik mula disedari si ayah apabila kerap mendengar isterinya menyanyikan lagu Nina Bobo di bilik mandi.
Isterinya memberitahu bahawa dia mendengar suara mendiang anak mereka menjerit dari bilik mandi, jadi dia menyanyikan lagu itu untuk menenangkan 'Nina'.
Katanya, setiap malam Mustika akan menyanyikannya sehingga dia sendiri meninggal dunia.
Apabila Van Rodjnik tinggal sendiri, dia pula dihantui suara tragis anaknya yang meminta lagu Nina Bobo dinyanyikan. Dia pun turut menyanyikan lagu itu setiap malam kerana diganggu setiap hari sehingga dia meninggal dunia. Penamat tragis untuk keluarga ini.
Ini cuma mitos. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. - CARI |