Susulan tindakan kerajaan Arab Saudi menggantung sementara visa umrah dan pelancong, ia turut mendapat perhatian pihak mufti di negara ini.
Memetik laporan Harian Metro, penggantungan itu dikatakan bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19 yang sedang menyerang seluruh dunia buat masa ini.
Menurut mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri, tindakan tersebut tepat dan selari dengan sebuah hadis dalam menangani sesuatu wabak.
Kredit foto: Harian Metro
“Tahniah kepada kerajaan Arab Saudi atas tindakan yang tepat.
“Insya-Allah, semoga jemaah umrah akan dapat kembali ke Makkah dan Madinah dengan selamat.
“Semoga Allah SWT hindarkan kita semua dan selamatkan daripada wabak ini. Amin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Untuk rekod, semalam kerajaan Arab Saudi membuat keputusan menggantung sementara visa umrah dan pelancongan bagi mengawal penularan wabak tersebut.
Ia seterusnya menyebabkan kira-kira 4,000 jemaah Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah. - CARI |