Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak
Baru-baru ini Man Raja Lawak berkongsi dalam laman Instagram (IG)nya , pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman mengamuk dengan dua pelakon yang datang lewat ketika sesi latihan.
Tindakan Man berkongsi video itu mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman netizen kerana dilihat mahu memalukan rakannya .
Selepas teruk dikecam, Man tampil menjelaskan video berkenaan hanya sekadar gurauan dan prank terancang oleh mereka yang terb@bit dengan pementasan.
Ia bertujuan menyakat dua pelakon berkenaan. Bikin suspen betul!
" Kepada netizen yang mengecam, saya maafkan. Saya faham mereka tidak mengetahui situasi sebenar," tulis Man di IGnya.
Untuk info, Selain Man, teater Korupsi Dewan Semandung turut dibintangi Tauke Jambu, Mark Adam, Vicha Saywho, Joey Daud, Syura dan ramai lagi. Ia akan dipentaskan mulai malam ini hingga 1 Mac 2020.
Lain dari yang lain Man promosi teater nih. Semoga sukses Man!
|