Sumber imej: Mercury Press & Media
Seorang gadis berusia 21 tahun tidak kisah jika mendapat gelaran nenek termuda di United Kingdom selepas dia mengahwini seorang lelaki berusia 56 tahun.
Becca Keeley kini menjadi nenek tiri kepada cucu perempuan pasangannya, Mark iaitu Mollie yang berusia tujuh bulan.
Sumber imej: Mercury Press & Media
Pasangan ini bertemu lima tahun lalu ketika Becca berusia 16 tahun dan Mark berusia 51 tahun semasa Mark sedang membuat persembahan di sebuah gig. Mark dan Becca telah berkahwin tiga tahun kemudian dan mempunyai zuriat bersama, Presley pada Oktober tahun lalu.
Mark mempunyai empat cahaya mata iaitu Aaron, 27, Jake, 21, Luke, 16, dan Emma, 13 hasil hubungannya sebelum ini.
Becca memberitahu The Sun seperti dipetik Dailystar; "Mark berkata, saya pasti tidak mahu dipanggil nan (nenek) tapi keluarganya adalah keluarga saya juga."
Mengimbas saat awal perhubungan mereka, Mark akui ramai tidak bersetuju dia menjalin hubungan dengan gadis yang jauh lebih muda daripadanya.
"Saya pernah beritahu dia supaya mencari pasangan yang seusia dengannya, tetapi kami amat gembira bersama dan berjanji akan cuba mengharunginya bersama," katanya.
Sumber imej: Mercury Press & Media
Mereka berkahwin di Maidstone, Kent pada Ogos 2018 lalu yang dihadiri 300 tetamu. - CARI |