Hun Haqeem yang namanya kini sedang meningkat naik dilaporkan telah mengalami kecederaan teruk di bahagian tumit kedua belah kakinya apabila terjatuh dari motosikal pada pagi ahad yang lalu.
Hun yang popular dengan watak 'Jekfer' dalam drama Kampung People kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kredit foto: Instagram Hun Haqeem
Ketika ditemui mStar online, Suraya yang juga ibu kepada Hun memberitahu dia juga mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan.
Pihak pengurusan Hun iaitu syarikat Metrowealth ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu.
Di laman instagram, Hun Haqeem turut memuatnaik gambar perkembangan kesihatan dirinya melalui instastory.
Ibunya memberitahu kaki Hun tidak dapat bergerak dalam masa 4 hingga 6 minggu sekiranya disahkan mengalami masalah ligamen.
"Kalau sah ligamen Hun cedera, kaki dia tidak boleh bergerak dalam tempoh empat hingga enam minggu,"
"Buat masa sekarang, Haqeem masih dirawat dan sama-sama kita agar segalanya dipermudahkan serta diberikan kesembuhan,"ujarnya.
Untuk perkembangan, Hun Haqeem kini berlakon dalam drama Seindah Tujuh Warna Pelangi untuk slot Akasia di TV3. - CARI
Doakan yang terbaik untuk kesihatan Hun Haqeem!
|