Semalam, menerusi Instagram @chedetofficial telah dikongsikan sebuah video Tun Dr Siti Hasmah memeluk erat suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menahan sebak di hadapan media.
Kredit foto: Instagram chedetofficial
Tun Siti dilihat masih tersenyum walaupun sedikit sebak ketika merangkul Tun Mahathir. Sebaknya Tun Siti mungkin tanda gembira, kerana masanya tiba untuk mereka suami isteri berehat, habiskan masa dan sisa hidup bersama dalam ketenangan dan kedamaian.
Video tersebut dipercayai diambil seusai sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan al-Bukhary.
Instagram rasmi negarawan itu Yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua telah mengundang sebak keatas semua yang melihat video tersebut.
"Thank you everyone," tulisnya.
Kini, video tersebut dipenuhi dengan ucapan-ucapan terima kasih kembali kepada bekas perdana menteri tersebut.
"Terima kasih, Tun."
"Have a good rest, Tun."
" Terima kasih, atas segala curahan jasa Tun untuk agama, bangsa dan negara selama ini."
" Lepas ni boleh rehat kat rumah, tak payah fikir masalah negara lagi, Tun," tulis warganet.
Kredit foto: Instagram chedetofficial
Rata-rata warganet dan selebriti turut meninggalkan komen mengharapkan Tun Dr Mahathir mulai berehat dengan aman dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri dan keluarga beliau selepas ini. Tambah mereka lagi, jasa dan pengorbanan tun akan terus dikenang sampai bila-bila. - CARI
|