Trend bujang senja semakin menjadi-jadi terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Laporan khas Sinar Harian baru-baru ini, menjelaskan bahawa rekod bancian 2010 di negeri terbabit mempunyai peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas yang belum berkahwin paling tinggi.
Berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.
Ianya dipercayai akibat peruba han sosial, tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat semakin meruncing.
Kredit foto: FB
Menurut Pakar sosiologi merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, jumlah bujang senja pada 2020 mungkin lebih tinggi memandangkan trend berkahwin lewat semakin menjadi kebiasaan dan sudah diterima masyarakat berbanding 20 tahun dahulu.
Jadi, ianya bukan lagi sejuta tetapi sudah meningkat hampir enam juta bujang senja.
"Secara tepat kita tidak tahu jumlah angkanya, tetapi pasti akan meningkat mungkin sekali atau dua kali ganda."
Foto: FB
Rata-rata warganet mempunyai pendapat yang pelbagai. Ada yang menyatakan ianya adalah kerana taraf pendidikan wanita semakin tinggi menyebabkan mereka lebih memfokuskan pada kerjaya berbanding mencari suami. Lebih-lebih lagi, banyak hiburan boleh dicari oleh menerusi gajet berbanding mencari isteri.
Google
Ada juga yang berpendapat golongan bujang semakin ramai kerana golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin terbuka hingga tidak perlu berselindung lagi dengan berkahwin.
Foto: My portal health
Adakah statistik ini menakutkan kita atau tiada masalah asalkan mereka gembira dengan jalan masing-masing? Persoalan jodoh itu kita sendiri tidak dapat meneka, cuma diharapkan mereka yang berusia 30-an dan keatas ini dipermudahkan mencari pasangan yang sekufu ya. - CARI
|