Dalam sebuah sesi temu bual bersama Achey dan Fad selepas Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey di Masjid Wilayah Persekutuan, pelawak itu mengulas mengenai masalah antara keluarga Ali Puteh dan Hidayah, isteri arwah.
Menurut F8Buzz, Achey terkilan kerana cerita kebaikan Abam tertutup akibat kontroversi tersebut. Dia merasakan ruangan media bukanlah ruangan menyelesaikan masalah. Sebaiknya, selesaikan masalah dalam selimut diam-diam dan rujuklah pada majlis agama ataupun ke ruangan undang-undang.
Achey turut tidak kisah menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah kedua-dua pihak tersebut. Namun, dia masih merasakan dirinya dan Fad cumalah orang luar dalam permasalahan mereka.
Pada awalnya, Achey terkejut bukan kerana luahan tersebut, tetapi kerana tempat yang salah. Dia dan Fad amat rapat dengan arwah. Baginya, permasalahan antara keluarga ini sudah diketahuinya dengan mengatakan pada media, "Bulu roma, satu tarik pun kita tahu."
Cuma bezanya, serapat mana Fad dan Achey dengan Abam, haruslah dijaga aib dan kisah arwah sebaik mungkin.
Achey juga menegaskan bahawa walaupun mereka pernah berjanji untuk membantu keluarga arwah Abam, mereka hanya boleh membantu setakat yang termampu. Hak mereka untuk membantu tidaklah sehingga membantu masalah dalam selimut.
Fad dan Achey turut berusaha untuk terus menjaga Hamzah, anak arwah dengan mengunjungi setiap minggu secara bergilir-gilir antara mereka. - CARI
betul la tu dia ckp
dia org org luar x kan hal dlm kain pun nak dia org selesaikan
nak bantu pun atau cmpur pun hal yg patut2 je la
negara ada undang2, pejabat agama ada..rujuk je la kat situ
cuma buat smua ni perlukan masa
maybe buat faraid utk bahagian mak arwah
kalau mak arwah org senang/kaya raya maybe x nak kut bahagian dia
tp kalau org susah apa salah nya bg jugak
dia ibu yg melahirkan, kalau xde ibu yg melahirkan dn mendidik ank yg baik
macam mana nak dpt suami yg baik..x kan turun dr langit kut/ank buluh betung
Post time 3-3-2020 12:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
meow_tompok: apa kata amik je hidayah jadik bini no 2 korang. bole jaga balu & anak arwah sahabat baik. daripada dtg berkunjung bergilir-gilir mcm tu.