Kewujudan restoran mamak di Malaysia bolehlah diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam satu deretan kedai, hampir pasti akan ada sebuah restoran mamak.
Walaupun kedai Mamak kebanyakannya hanya mengidang makanan yang biasa-biasa sahaja, ianya menjadi pilihan kerana biasanya pelayannya lebih responsif dan pantas melayan pelanggan.
Begitulah juga pemuda ini yang suka makan di restoran mamak kegemarannya. Namun, alangkah terkejutnya pasangan suami isteri apabila mendapati hidangan yang dipesan dari restoran mamak di Sepang ini dicemari dengan telur lipas.
Jamal Firdaus berkongsi video dan gambar penemuan menjijikkan itu di F@cebooknya.
Menurut Jamal, dia memaklum penemuan itu kepada pihak restoran tersebut tetapi pekerja restoran mendakwa bendasing tersebut adalah kacang merah.
"Dia kata ini kacang merah. Telur lipas weh! Ni kalau masuk perut kami, tak bertelurkan lipas kami berdua?
Kredit foto: Facebook Jamal Firdaus
Rata-rata warga maya berpendapat kebanyakan restoran mamak memang agak kotor. Ada juga di kalangan mereka berkongsi pengalaman menjumpai bendasing dalam makanan masing-masing.
Lipas, haiwan merah kehitaman yang walaupun kecil, tetapi boleh menularkan penyakit kepada kita.
Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.
Kredit foto: Gambar Hiasan - Google
Tidak dinafikan, sebahagian restoran mamak agak kurang menitikkan kebersihan. Mungkin kerana faktor masa operasi 24 jam yang menyebabkan restoran ini tidak putus dikunjungi pelanggan menyebabkan mereka gagal melakukan pembersihan.
Hati-hatilah memilih premis makanan. Pilihan di tangan anda. - CARI |